SPRM rakam keterangan Vivy Yusof, suami – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kedua-dua mereka dirakam percakapan untuk membantu siasatan berhubung kerugian besar pelaburan dalam FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) membabitkan dana awam.

Azam berkata, dua individu berkenaan antara antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam, lapor Berita Harian.

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RMRM43.9 juta.

Semalam, pegawai penyiasat SPRM menyerbu pejabat FashionValet dikaitkan.

Akhbar itu melaporkan sumber memaklumkan, selain FashionValet, turut diserbu secara serentak adalah Kementerian Kewangan (MoF), Khazanah dan PNB.

Siasatan berkenaan dilakukan mengikut Seksyen 18, Akta SPRM.

Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Isnin lalu, MoF memaklumkan, Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam FashionValet, kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Khazanah melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, arahan tegas itu menjadi sebahagian tindakan untuk mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik dalam 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sebelum ini, dalam kenyataan bersama yang dimuat naik menerusi akaun Instagram Vivy dan suami, mereka memohon maaf susulan kontroversi berkenaan yang menjejaskan PNB serta Khazanah.

Vivy dan Fadzaruddin juga mengakui tidak memiliki perancangan mencukupi untuk FashionValet berdepan risiko cabaran ketika cuba mengembangkan perniagaan secara agresif.

Mereka mengakui melakukan kesilapan dengan mengembangkan perniagaan berdasarkan jangkaan pertumbuhan berterusan, biarpun ketika pandemik Covid-19.

Related Posts

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 14 hingga 20 Mei ini susulan penurunan harga minyak di pasaran antarabangsa. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tangguh pelaksanaan AKPS, dakwa isu kuasa imigresen terjejas

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di negeri ini selepas meneliti beberapa isu berkaitan kedudukan kuasa imigresen serta hak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu