Malaysia manfaatkan kepengerusian Asean pertingkat kerjasama serantau – Anwar

MALAYSIA akan menggunakan kedudukan selaku Pengerusi Asean tahun depan untuk mempertingkat kerjasama serantau.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, antaranya menerusi penganjuran Sidang Asean+GCC+China, yang bakal melonjak pertumbuhan serantau serta merapatkan kesenjangan dalam perdagangan, pelaburan dan kemajuan ekonomi.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan lawatan kerja di China pagi ini dengan menghadiri Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) bersama-sama delegasi Malaysia di Shanghai.

“Sewaktu berucap selepas pidato pembukaan oleh Premier Li Qiang, saya tegaskan betapa tema “New Era Shared Future” yang diangkat dalam CIIE Ke-7 ini begitu relevan tatkala dunia bergelut dengan sikap unilateralisme, perlindungan melampau, perpecahan dan kegalauan.

“Saya berkongsi pandangan sama dengan Presiden Xi Jinping, bahawa kemakmuran dunia ini perlu memanfaatkan setiap individu dan negara.

“Dasar perkongsian masa depan ini menjadi asas penting mengapa Malaysia memilih menyertai pakatan BRICS, kerana prinsip ini diterima baik negara-negara Asia, Afrika, Amerika Latin dan Global South,” kata Anwar di Shanghai pada Selasa.

Pada masa sama beliau juga menzahirkan penghargaan atas pendirian China yang memilih untuk menjulang prinsip perkongsian kemakmuran tatkala beberapa kuasa besar ekonomi dunia memilih untuk mengambil sikap yang bertentangan.

“Terkait CIIE, saya percaya ia adalah wadah penting untuk perniagaan seluruh dunia, terutama syarikat-syarikat kecil memperagakan keupayaan dan menarik pelaburan. Ini adalah contoh penting di mana kerjasama antara negara digunakan sebaiknya bagi memastikan kemajuan global dicapai secara adil.

“Saya akhiri ucapan dengan memetik satu ungkapan Cina yang bermaksud “pohon yang ditanam oleh satu generasi akan memberi teduhan pada generasi yang lain,” kata Anwar.

Related Posts

Jangan cipta naratif ‘zero sum game’, keharmonian negara boleh terjejas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas segelintir pihak termasuk golongan akademik yang didakwa sengaja membina naratif mengelirukan mengenai peruntukan kuota pendidikan. Beliau mengingatkan Program Matrikulasi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI tidak pernah angkat elitisme, paling lantang pertahan agenda Bumiputera

KUALA LUMPUR – Kerajaan MADANI lebih lantang dan berani dalam usaha memperkasakan agenda Bumiputera dan tidak pernah mendukung elitisme hingga meminggirkan kepentingan golongan itu seperti yang didakwa sesetengah pihak. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Kalimah Allah di tokong: NGO, individu bimbang jejas keharmonian

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan

Agenda pemuliharaan marin diperkasa, mahasiswa digerakkan sebagai ejen perubahan