
LAWAS – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan
merasmikan Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan Edisi-1 Tahun 2024.
Sebanyak 30 pasukan menyertai kejohanan yang berasal dari Lawas, Limbang, Kuching, Miri, Sabah dan Brunei Darussalam.
Awang Tengah Ali Hasan berkata, kejohanan ini diadakan dengan harapan menjadi satu platform untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan masyarakat.
Tambah beliau lagi, diharap kejohanan ini menunjukkan bakat baharu.
“Kita mahu mencungkil bakat supaya mereka ini akan dapat menjadi harapan bukan saja untuk mewakili negeri masing-masing tetapi juga untuk negara dalam kesukanan yang lebih besar,” ujar beliau lagi.
Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Henry Sum Agong; Pengarah Northern Region Development Agency (NRDA), Ubaidillah Abdul Latip; Setiausaha Politik Premier Sarawak, Awangku Zainal Abiden Pengiran Jawa; Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok dan Ketua Pemuda PBB Bukit Sari Lawas, Abdul Talib Basir.





