Bermodal bahan kitar semula RM12 setahun, layak nikmati perlindungan insurans

ALOR SETAR – Bermodalkan bahan kitar semula sebagai bayaran premium tahunan, masyarakat kini boleh menikmati pelbagai faedah menerusi program insurans kemalangan diri Trash4protection yang diperkasakan menerusi program kitar semula Trash4cash.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, program yang baharu diperkenalkan itu menawarkan faedah yang menarik iaitu hanya dengan membawa bahan kitar semula bernilai RM12 seorang setahun, individu itu layak menerima perlindungan insurans berkenaan.

“Ini merupakan satu inisiatif kitar semula paling inovatif yang mampu memberikan perlindungan asas kemalangan diri khususnya kepada rakyat yang kurang berkemampuan kerana faedah yang diterima oleh penduduk melalui program itu sangat bagus.

“Antara faedah yang akan diperolehi adalah kematian akibat kemalangan sebanyak RM5,000, pampasan kecacatan kekal akibat kemalangan RM5,000, kos pengebumiaan jenazah RM1,000, kos rawatan akibat kemalangan RM500 dan elaun kemasukan hospital akibat kemalangan RM30 sehari hingga 10 hari,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Kitar Semula Pandu Laju Automatik (ADTRec) di Kampung Derga di sini hari ini.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Derga merupakan yang pertama di Kedah berjaya memperolehi geran Sejati Madani di bawah sektor aktiviti hijau dan kitar semula.

“Saya ingin menyeru JPKKP seluruh negara untuk mencontohi JPKKP Kampung Derga yang merupakan perintis kepada program ini. Saya juga dimaklumkan 40 JPKKP dan lima persatuan penduduk di Kedah telah memohon dana Sejati Madani di bawah sektor aktiviti hijau dan kitar semula Trash4cash dengan 23 daripadanya telah mendapat kelulusan.

“Pada masa ini, kadar kitar semula kebangsaan masih rendah iaitu 37 peratus dan kita sasarkan untuk capai 40 peratus tahun hadapan. Saya juga yakin ia mampu dicapai dengan adanya geran Sejati Madani ini,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, penggunaan teknologi digital dan teknologi hijau dalam ekosistem kitar semula Trash4cash sangat bertepatan dengan peralihan tenaga masa kini iaitu dengan menggunakan aplikasi seperti fasiliti ADTRec serta SMART Used Cooking Oil Recycling Bin yang dapat membantu memudahkan proses kitar semula.

“Keupayaan teknologi ini membolehkan pihak persatuan dan masyarakat memantau serta mengurus aktiviti kitar semula harian serta data ini penting bagi kerajaan merangka pembangunan fasiliti pengurusan sisa pepejal yang lebih holistik pada masa hadapan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills