‘Saya tak tahu mampukah pemain untuk terus berjuang malam ini’

ALOR SETAR – Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain masih mengharapkan pemainnya dapat meneruskan perjuangan dan bangkit semula memburu tiga mata apabila melayan kunjungan Selangor FC pada saingan Liga Super di Stadium Darul Aman malam ini.

Di sebalik isu tunggakan gaji yang belum menemui jalan penyelesaian dan kekalahan besar 2-5 ketika bertemu Sabah FC Selasa lalu, beliau turut mengharapkan semangat pemain tidak luntur dengan cabaran aksi menentang kelab di tangga kedua Liga Super itu yang turut berdepan masalah selepas pengendalinya, Nidzam Jamil meletak jawatan.

“Setiap perlawanan kami masih bermain untuk memburu tiga mata walaupun di sebalik cabaran yang dihadapi dan anda boleh lihat pemain berjuang berhabis-habisan dalam keadaan fizikal dan mental yang amat sukar pada waktu sekarang ini.

“Pemain sekarang ini hanya fikirkan untuk kelab maknanya mereka berkorban walaupun dalam keadaan susah dan berduka, sedaya yang mampu untuk teruskan usaha kejayaan untuk pasukan.

“Tetapi saya tidak pasti sampai bila mereka dapat terus bertahan dan berjuang. Apa yang mereka lakukan ini saya anggap luar biasa kerana daripada luaran orang nampak macam tiada apa-apa berlaku,” katanya.

Jelas Nafuzi lagi, di sebalik apa juga taktikal dan perancangan pasukan yang dipersiapkan menghadapi kunjungan skuad Red Giants ke Stadium Darul Aman, reaksi serta kesungguhan pemainnya itu sendiri adalah asas dan elemen yang cukup penting yang sangat diperlukan dalam usaha untuk bangkit memburu kejayaan.

“Sebab itu kalau kita nak cakap pasal apapun perancangan dan cara berdepan Selangor itu, saya rasa apa yang lebih penting adalah atas kehendak dan motivasi yang pemain perlukan pada hari perlawanan itu nanti.

“Saya lihat mereka tahu apa perkara penting untuk mereka beraksi nanti dan saya hanya memikirkan hal pemain saya pada ketika ini terutama mental dan fizikal pemain saya sebelum mereka turun beraksi nanti.

“Sama ada mereka OK atau tidak itu merupakan perkara yang cukup penting yang perlu diselesaikan buat ketika ini kerana jika mereka ada keinginan tinggi maka semangat beraksi itu akan datang sendiri,” katanya.

Selepas 13 perlawanan, KDA FC kini berada pada tangga ke-10 liga dengan 13 mata.

Related Posts

Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sentiasa memantau proses pemilihan jawatankuasa tertinggi badan induk bola sepak yang bernaung di bawah mereka, termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula