Undang-undang lebih berkuasa berbanding individu

PUTRAJAYA – Tiada sesiapa lebih berkuasa berbanding undang-undang termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, proses keadilan perlu ditegakkan walaupun Najib membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Segala hujah yang cuba mempertahankan kecurangan tersebut telah dipadamkan melalui permohonan maaf oleh Najib.

“Tiada sesiapa yang lebih berkuasa berbanding undang-undang. Proses keadilan harus dan mesti ditegakkan,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial X.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Pekan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia menerusi kenyataan dibacakan anaknya, Datuk Mohamad Nizar berhubung salah laku dalam 1MDB terutama ketika di bawah pengawasannya selaku Menteri Kewangan dan Perdana Menteri.

Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan permohonan maaf bekas Ahli Parlimen Pekan berhubung penyelewengan dana 1MDB.

Muhammad Kamil menegaskan bahawa Ahli Parlimen Tambun itu tidak mengeluarkan kenyataan bahawa beliau menerima permohonan maaf Najib.

“Tidak timbul isu PMX (Anwar) terima maaf atau tidak. Apa yang disebut PMX ialah beliau terima baik permohonan maaf yang dibuat.

“Ternyata tidak mengetepikan malah mengubah fakta bahawa negara menanggung beban kerosakan yang besar akibat skandal 1MDB,” ujarnya.

Related Posts

Kerjasama Pas-UMNO hanya untuk jatuhkan Anwar, guna alasan penyatuan Melayu – Ahmad Shahir

PEMUDA AMANAH melihat kerjasama antara Pas dan UMNO ketika ini lebih menjurus kepada usaha mendapatkan kuasa, terutama untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Setiausaha Pemuda AMANAH, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
“PKR kini dalam radar saya untuk bersama semula” – Kamarudin

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) menjadi satu-satunya parti yang sedang dipertimbangkan bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamarudin Jaffar, sekiranya beliau kembali menyertai politik. Kamarudin mengesahkan kepada media bahawa beliau sedang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

  • By Fatin
  • August 21, 2026
Turun padang, Program MADANI Kita jadi ‘benchmark’ agensi kerajaan dekati rakyat

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

4 suspek bersenjata samun kedai emas, jumlah kerugian RM500,000

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Penemuan artifak buka potensi arkeologi Bukit Batu Putih

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Anwar hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 Malaysia-Brunei

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

Bawah 1% banduan jalani pemulihan komuniti kembali ke penjara

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran

UMNO Jerantut sampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran