SESB kini dikenali sebagai Sabah Electricity

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mencatat sejarah penting dengan dijenamakan semula sebagai Sabah Electricity.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Sabah Electricity pada Jumaat, pelancaran ini mencerminkan komitmen syarikat utiliti itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.

Katanya, ia selaras dengan perkembangan tenaga global dan aspirasi ke arah masa depan yang lebih hijau dan lestari

“Penjenamaan semula ini bertujuan untuk mengubah persepsi pelanggan terhadap Sabah Electricity sebagai penyedia tenaga yang moden dan berinovasi.

“Pemindahan pejabat ke Bangunan KWSP juga menunjukkan usaha syarikat untuk menyediakan persekitaran kerja yang lebih moden dan mesra pengguna,” katanya.

Pada masa sama Kaunter Perkhidmatan Pengguna Kota Kinabalu dan nombor talian aduan baharu, Careline 15444 diperkenalkan.

Jelasnya, nombor talian aduan baharu 15444 diperkenalkan sebagai langkah strategik untuk memudahkan proses aduan pelanggan, menandakan keprihatinan Sabah Electricity dalam mendengar dan memberikan penyelesaian yang cepat kepada isu yang timbul.

“Keseluruhan acara ini menandakan langkah positif Sabah Eletricity ke arah peningkatan perkhidmatan dan hubungan dengan pelanggan,” tambahnya.

Majlis yang berlangsung di Bangunan KWSP tersebut dihadiri oleh Pengerusi Sabah Electricity, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity, Ir Mohd Yaakob Jaafar.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

SANDAKAN – Hari Sukan Negara 2026 (HSN2026) menjadi platform penting dalam membudayakan gaya hidup sihat selain memperkukuh perpaduan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

JAIS siasat dakwaan individu Islam lakukan ritual agama lain, tidak tolak unsur AI

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Tajaan JPA 4,200 anak Sarawak perkasa akses pendidikan tinggi, bantu keluarga B40 – Ahmad Johnie

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

Doktor kontrak ke jawatan tetap suntik semangat petugas kesihatan, FLYSiswa ringan beban

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham

United hanya mampu seri 1-1 lawan Tottenham