RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

KUCHING – Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM200 juta di bawah Belanjawan 2027 bagi melaksanakan Skim Pendidikan Tinggi Percuma (FTES) yang dijangka memberi manfaat kepada 10,600 mahasiswa anak Sarawak di empat universiti milik negeri ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif berkenaan membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan akses pendidikan tinggi diasaskan kepada merit dan kelayakan, bukannya latar belakang kewangan.

Bagi menjaga kebajikan pelajar di pelbagai peringkat, pelbagai bantuan khas turut diteruskan dan dipertingkatkan, antaranya wang saku khas berjumlah RM50 juta disediakan untuk pelajar diploma dan ijazah di IPT seluruh negara bagi menampung kos sara hidup.

“Selain itu, pemberian laptop percuma (RM30.5 juta), biasiswa dan pinjaman Yayasan Sarawak (RM206 juta), subsidi PTPTN (RM10 juta) untuk insentif bayaran balik pinjaman PTPTN bagi anak Sarawak yang membayar melebihi 30 peratus pinjaman,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Sarawak 2027 di DUN Sarawak, pada Isnin.

Tambahnya, inisiatif FlySiswa dan Graduan Pulang Sarawak (i-GPS) berjumlah RM8 juta turut diperuntukkan bagi subsidi tiket penerbangan.

“Secara keseluruhannya, sebanyak RM454.34 juta diperuntukkan untuk inisiatif pendidikan dan pembangunan bakat tahun hadapan,” jelas beliau.

Related Posts

Bot fiber tanpa pendaftaran, tiga warga Myanmar ditahan

KUALA KURAU – Sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran sah yang disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan terlarang, bubu naga, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) bersama tiga warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027 pacu transformasi ekonomi Sarawak menjelang 2030

KUCHING – Belanjawan Sarawak 2027 menggariskan lima matlamat strategik bagi mempercepat transformasi ekonomi negeri ke arah mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi, mampan dan inklusif menjelang 2030. Premier Sarawak, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bot fiber tanpa pendaftaran, tiga warga Myanmar ditahan

Bot fiber tanpa pendaftaran, tiga warga Myanmar ditahan

Belanjawan 2027 pacu transformasi ekonomi Sarawak menjelang 2030

Belanjawan 2027 pacu transformasi ekonomi Sarawak menjelang 2030

Belanjawan Sarawak 2027: RM21 juta perkasa pendidikan sekolah

Belanjawan Sarawak 2027: RM21 juta perkasa pendidikan sekolah

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

  • By Fatin
  • October 12, 2026