Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

TAWAU – Penduduk di kawasan Pantai Timur Sabah menghargai pembentangan Belanjawan 2027 yang merangkumi pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat, meningkatkan kesejahteraan hidup serta merancakkan pembangunan di negeri ini.

Belanjawan itu turut menimbulkan harapan agar peruntukan yang diumumkan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan, sekali gus memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai secara menyeluruh termasuk oleh masyarakat di kawasan luar bandar.

Pegawai Perubatan di sebuah klinik di Kalabakan, Dr Badrul Hafiz Amir, 28, berkata, belanjawan itu dilihat dapat menyelesaikan isu utama termasuk kebajikan petugas kesihatan, pelantikan tetap doktor serta peningkatan insentif jururawat.

“Penambahbaikan kemudahan hospital dan klinik desa serta pencegahan penyakit berjangkit turut menjadi antara aspek penting yang diberikan perhatian.

“Saya lihat belanjawan berkenaan berorientasikan rakyat dan selari dengan matlamat Kertas Putih Kesihatan.

“Bagaimanapun, kunci utama kini terletak pada kecekapan pelaksanaan, selain pemantauan proses perolehan yang telus dan pantas,” katanya kepada The Malaysia Press.

Sofea, 30-an, dari Semporna juga senada apabila kebajikan dan peluang cerah doktor kontrak kepada tetap diberi perhatian penuh.

“Ini kerana mereka ini banyak berkorban tenaga dan masa selain kepakaran mereka untuk memberikan rawatan sebaik mungkin kepada pesakit seluruh negara.

“Dengan jaminan pekerjaan yang baik, sudah pasti mereka terus berkomitmen penuh dalam menjalankan tugas sekali gus membantu perkukuh sistem kesihatan negara kita selain rakyat Malaysia medapat perkhidmatan yang kebih berkualiti,” jelasnya.

Bagi Fifie Rafidah Arif, 35, peruntukan RM18.7 bilion kepada Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap komitmen Perjanjian Malaysia (MA63).

Katanya, berita gembira buat penjawat awam khususnya doktor kontrak juga menemui titik penyelesaian apabila kira-kira 9,000 doktor akan diserap ke jawatan tetap.

“Tahniah Malaysia kerana langkah menaik taraf hospital dan klinik desa juga boleh memberi manfaat akses perubatan yang berkualiti di luar bandar.

“Inilah yang kita tunggu-tungu dan harapan saya agar inisiatif ini pada tahun hadapan dirasai diperingkat akar umbi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Suhaila Mat, 46, turut menzahirkan penghargaan terima kasih atas pertambahan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) daripada RM150 kepada RM200 seorang.

Menurutnya, bantuan itu amat membantu meringankan beban ibu bapa dalam memastikan keperluan anak menjelang sesi persekolahan tahun hadapan dapat dipenuhi.

Seorang jurujual di Tawau, Irwan, 34, turut menyifatkan belanjawan 2027 itu memberi perhatian kepada golongan belia termasuk dari aspek peluang pekerjaan dan sokongan perniagaan disamping berharap inisiatif itu diterjemah secara nyata.

Aisyah dari Kunak turut menyambut baik pembentangan Belanjawan 2027 yang disifatkan memberi kelegaan kepada rakyat selain berupaya membina masa depan negara yang lebih sejahtera.

“Terima kasih kepada Kerajaan Perpaduan dan Perdana Menteri atas bantuan-bantuan yang diberikan kepada kami,” katanya.

  • Related Posts

    Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

    MUKAH – Jangkaan pendapatan Kerajaan Sarawak bagi tahun 2026 yang bakal merekodkan paras tertinggi dalam sejarah wajar dijadikan ‘durian runtuh’ menerusi pembentangan Belanjawan Sarawak 2027, khusus untuk memperkasa kebajikan dan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

    DATUK Mahfuz Omar mencabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menilai kejayaan kerajaan berdasarkan hasil yang dinikmati rakyat, bukannya sekadar pengumuman projek mega bernilai berbilion ringgit.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

    Belanjawan Sarawak 2027: ‘Durian runtuh’ ditagih untuk kawasan luar bandar

    Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

    • By Fatin
    • October 12, 2026
    Belanjawan 2027: Penduduk Pantai Timur Sabah hargai inisiatif bantu rakyat

    RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

    RM200 juta untuk pendidikan percuma, pelbagai bantuan pelajar diteruskan

    Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

    Sanusi sibuk kecam belanjawan gula-gula, projek mega Kedah bila nak siap? – Mahfuz

    Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

    Elaun RM2,500 pelajar Tingkatan Enam dihargai, bukan janji kosong kerajaan

    Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus

    Sarawak peruntuk RM680 juta untuk SKAS, inflasi kekal rendah 0.7 peratus