Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

NAIB Ketua Wanita PKR, Rozana Zainal Abidin menyambut baik titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, yang menegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak perlu bermula di rumah, diperkukuh di sekolah dan disokong masyarakat.

Beliau berkata, keselamatan dan kesejahteraan anak-anak tidak wajar diletakkan di bahu sekolah, guru atau kementerian semata-mata kerana pembentukan sahsiah, disiplin serta rasa hormat bermula daripada institusi keluarga.

“Sekolah mempunyai tanggungjawab mendidik dan melindungi murid, tetapi tanggungjawab tersebut tidak boleh dipikul secara bersendirian,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut Rozana, ibu bapa dan penjaga perlu peka terhadap perubahan sikap, pergaulan, penggunaan media sosial serta tanda-tanda anak berdepan tekanan, penderaan atau pengabaian.

Pada masa sama, katanya, sekolah perlu terus memperkukuh langkah pencegahan, pengesanan awal dan tindakan terhadap ancaman keselamatan. Hubungan ibu bapa dengan guru pula perlu dibina melalui kepercayaan, komunikasi terbuka dan kerjasama, bukannya saling menyalahkan apabila sesuatu kejadian berlaku.

Rozana turut menggesa masyarakat supaya tidak berdiam diri jika mengetahui atau mengesyaki berlakunya penderaan terhadap kanak-kanak. Kebimbangan itu, katanya, perlu disalurkan kepada pihak berkuasa dan agensi kebajikan melalui saluran yang betul.

Beliau berkata, usaha memperkasakan Pasukan Pelindung Kanak-Kanak serta Pusat Aktiviti Kanak-Kanak juga wajar diberi perhatian bagi memperkukuh jaringan perlindungan di peringkat komuniti.

Dalam menangani insiden keselamatan murid, Rozana berkata, perbincangan tidak seharusnya tertumpu kepada mencari kesalahan mana-mana pihak semata-mata. Sebaliknya, setiap kejadian perlu disiasat secara adil, diikuti tindakan sewajarnya dan penambahbaikan berterusan.

“Yang lebih penting ialah memastikan kelemahan dikenal pasti, risiko dicegah lebih awal dan keselamatan anak-anak sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau menegaskan rumah perlu menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak, sekolah ruang yang selamat untuk mereka belajar, manakala masyarakat berperanan melindungi mereka daripada keganasan, pengabaian dan eksploitasi.

Titah Raja Muda Perlis itu, katanya, wajar dijadikan seruan bersama agar semua pihak menilai peranan masing-masing dalam mencegah kejadian yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak.

“Keselamatan anak-anak bukan tanggungjawab satu pihak. Ia amanah kita bersama,” katanya.

Related Posts

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

ARAU – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) bersedia memperkukuh pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi menerusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi menyokong pertumbuhan industri di Lembah Chuping, Perlis. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penekanan AI dalam Belanjawan 2027 langkah strategik pacu ekonomi digital

KUALA PERLIS – Penekanan terhadap pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam Belanjawan MADANI 2027 mendapat sokongan penggiat industri teknologi yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh daya saing Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak