SPRM tahan dua Datuk buat tuntutan palsu projek rumah di Pahang

PUTRAJAYA – Seorang pengarah operasi syarikat pemaju perumahan bergelar Datuk direman empat hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu projek perumahan di Temerloh, Pahang, bernilai RM4.25 juta.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin selepas membenarkan permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan awal mendapati suspek mengemukakan tuntutan palsu melibatkan baucar bayaran dan sijil pembinaan 19 unit rumah berkembar sebuah projek perumahan di Temerloh sepanjang 2021 hingga 2023, namun pembinaan tidak pernah dilakukan.

Sumber SPRM memberitahu, turut direman bagi tempoh sama pada hari ini ialah seorang pengarah syarikat lain yang juga bergelar Datuk untuk siasatan penglibatannya dalam kes berkenaan.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Selangor pada 7.05 malam tadi dan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Related Posts

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan
  • AdenAden
  • August 25, 2026

KUALA LUMPUR – Kualiti udara negara pada hari ini didapati merosot dengan 29 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tidak sihat manakala 38 kawasan lagi berada pada tahap sederhana,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat