Rombongan kapal China bukan tentera tapi pelajar, pensyarah Naval University of China – Fadhlina

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) menjelaskan dakwaan kehadiran tentera China ke sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang, Sabtu lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya mereka adalah terdiri daripada sekumpulan pelajar termasuk pensyarah dari Naval University of China kata, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Menurut beliau, rombongan yang membawa seramai 165 pelajar termasuk pensyarah itu adalah berkaitan program sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

KPM memberi perhatian terhadap salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat berhubung perkara itu, malah pihak sekolah yang dimaksudkan juga telah membuat laporan polis bagi mengelak fitnah berpanjangan.

“Pertama yang saya ingin betulkan, ia bukan kehadiran tentera (sebaliknya) kehadiran pelajar (dan pensyarah) universiti dan kenyataan (dakwaan kehadiran tentera) ia sama sekali tidak betul sehingga wujud salah faham.

“Di sini, saya juga ingin tegaskan bahawa kehadiran mereka adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kedua ia adalah program pertukaran kebudayaan dan sukan manakala yang ketiga adalah program membabitkan pelajar universiti dan juga sekolah persendirian terbabit yang telah pun mendapat kebenaran daripada semua pihak autoriti,” katanya di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Khamis.

Beliau mengulas berhubung dakwaan kehadiran Tentera Laut China di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) Sabtu lalu, lapor BH.

Terdahulu, Fadhlina ditemui ketika merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di Bertam, hari ini.

Persidangan itu bertemakan ‘Pendidikan Manusiawi Memacu Pendidikan Negara Madani’ dihadiri 674 pengetua seluruh negara.

Sabtu lalu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan kunjungan 1,000 pelatih tentera laut China ke negeri itu menaiki dua kapal iaitu Kapal Latihan Qi Jiguang dan Kapal JinggangShan dari Zhanjiang untuk kunjungan silaturahim.

Pasukan tugas ke-83 Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) dan pelatihnya dibawa melawat beberapa tempat menarik di Pulau Pinang dan turut berkesempatan berinteraksi dengan penduduk tempatan ketika sesi lawatan berkenaan.

Bagaimanapun, lawatan itu mencetuskan kontroversi apabila kunjungan sebahagian daripada anggota tentera laut China berkenaan ke satu majlis di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) tular di beberapa platform sosial media.

Related Posts

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

KUALA LUMPUR – Pembentukan sahsiah anak bermula di rumah dan memerlukan penglibatan berterusan ibu bapa, bukan hanya diserahkan kepada sekolah atau pihak lain. Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Puan Rozana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Tiga warga UNIMAS cipta sejarah di pentas nasional dan antarabangsa

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Projek jalan, parkir RM300,000 SMK Three Rivers siap sepenuhnya

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Sahsiah anak bermula di rumah, ibu bapa tidak boleh lepas tangan

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Fatimah harap lebih ramai wanita diketengahkan sebagai calon

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Wanita PBB perkukuh jentera, siap siaga awal hadapi PRN Sarawak

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin

Pas cipta pelbagai naratif untuk kekal di puncak kuasa – Tajuddin