Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

KUANTAN – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari lembu di Hutan Simpan Sementah, Lanchang, Temerloh, semalam, ditemukan selamat petang tadi.

Penolong Pengarah (Bahagian Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, lelaki berusia 50 tahun itu ditemui jam 4 petang di Kampung Bongsu, kira-kira tujuh kilometer dari kawasan dia dilaporkan hilang.

Menurutnya, kehilangan mangsa sebelum itu disedari isterinya jam 12.30 tengah malam selepas mendapati suaminya tiada di rumah.

“Bagaimanapun, mangsa ada menghubungi anaknya yang berada di Putrajaya jam 8.50 pagi tadi memaklumkan dia berada dalam kawasan hutan dengan keadaan letih dan suara tidak bermaya.

“Isterinya cuba menghubungi mangsa kembali namun panggilan tidak dijawab,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Mohd Sallahuddin berkata, ekoran syak lelaki berkenaan tersesat di hutan, wanita iti membuat laporan polis hari ini untuk tindakan selanjutnya.

“Berdasarkan maklumat awal rakannya, mangsa dipercayai ke kawasan hutan berkenaan untuk mencari lembu yang hilang.

“Motosikal milik mangsa ditemui di kawasan jalan pinggir Hutan Kampung Sementeh oleh rakan-rakannya yang melakukan pencarian awal,” ujarnya.

Beliau berkata, susulan panggilan diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Mentakab menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, operasi itu turut melibatkan anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

Related Posts

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

LIMBANG – Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berpuas hati dengan kemajuan kerja pembinaan jalan menuju ke Ulu Lubai yang kini sedang dilaksanakan. Beliau berkata, berdasarkan tinjauan di tapak projek,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg Daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Kemajuan pembinaan jalan ke Ulu Lubai bakal beri manfaat besar kepada penduduk

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Tian Chua kini bersedia untuk bertanding semula di Parlimen Batu

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September