10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan 10 pengunjung.

Dalam kenyataan hari ini, pihak pengurusan menyatakan rasa kesal atas kejadian itu selain memberi tumpuan terhadap kebajikan dan keadaan pengunjung yang terlibat.

Menurutnya, bantuan perubatan yang diperlukan telah disediakan, manakala pihak taman tema terus berhubung dengan pengunjung serta keluarga mereka.

Insiden itu sebelum ini dilaporkan berlaku kira-kira jam 9 malam dan sedang disiasat polis.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, seramai 22 individu terdiri daripada warga tempatan dan pelancong asing berusia antara 11 hingga 44 tahun berada dalam permainan ‘roller coaster’ ketika kejadian.

Susulan insiden itu, Taman Tema Sunway berkata, pihaknya bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dijalankan.

“Kami bersedia meneruskan kerjasama dengan pihak berkuasa dan individu yang terlibat sepanjang proses ini,” katanya.

Taman Tema Sunway turut menegaskan bahawa aspek keselamatan akan terus menjadi keutamaan, termasuk memastikan semua tarikan dan kemudahan di taman tema memenuhi tahap keselamatan tertinggi.

Related Posts

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KEMAMAN- Bunyi geseran pasir pada dinding sebuah rumah membawa kepada penemuan seekor penyu yang dipercayai daripada spesies penyu agar di Kampung Geliga, dekat sini. Memetik sumber Sinar Harian, kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum. Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

‘Tetamu Istimewa’ muncul di belakang rumah penduduk Kampung Geliga

KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

  • By Fandi
  • September 16, 2026
KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Ketika Najib, Abdul Hadi berkuasa Rohingya dibawa masuk

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

Pimpin Kerajaan MADANI tidak sama gambaran perjuangan reformasi terdahulu

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX