Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

BILA bercakap tentang RCI Tabung Haji, jangan kita berhenti pada alasan bahawa PwC dan Jabatan Audit Negara menggunakan metodologi perakaunan berbeza. Itu bukan persoalan utama.

Persoalan sebenarnya ialah, jika kaedahnya berbeza, kaedah mana yang selaras dengan undang-undang dan piawaian perakaunan yang diterima pakai?

Di sinilah dapatan RCI penting.

RCI mendapati Tabung Haji menggunakan pendekatan Realizable Asset Value (RAV) untuk menentukan kedudukan aset dan liabiliti bagi tujuan pengagihan keuntungan antara 2014 hingga 2017.

Namun, RCI berpandangan penggunaan RAV itu tidak selaras dengan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995, kerana nilai tersebut tidak direkodkan dalam penyata kewangan TH yang diaudit dan kaedah itu tidak mematuhi prinsip perakaunan yang diterima umum.

Sebaliknya, analisis PwC menggunakan rangka kerja piawaian perakaunan termasuk MFRS dan mendapati TH berada dalam kedudukan defisit aset berbanding liabiliti sejak 2014.

Malah, RCI menyatakan bahawa jika MFRS dilaksanakan sepenuhnya pada 2017, TH sepatutnya merekodkan kerugian bersih RM1.4 bilion, bukannya keuntungan RM3.4 bilion seperti yang dilaporkan.

Jadi, isu ini bukan sekadar “PwC guna kaedah lain, Audit Negara guna kaedah lain.” Inilah isu yang disebut sebagai creative accounting.

Isunya ialah sama ada kaedah yang digunakan TH ketika itu memenuhi kehendak undang-undang untuk mengisytiharkan hibah.

Seksyen 22(3) Akta Tabung Haji 1995 menetapkan bahawa agihan keuntungan tidak boleh dibuat melainkan aset Kumpulan Wang tidak kurang daripada jumlah liabilitinya, termasuk amaun yang terhutang kepada pendeposit.

Menurut RCI, syarat tersebut tidak dipenuhi.

RCI mendapati penggunaan RAV bagi pengagihan keuntungan 2014 hingga 2017 tidak selaras dengan Seksyen 22 dan menyifatkan amalan tersebut sebagai creative accounting.

Angkanya juga jelas. Defisit aset-liabiliti TH meningkat daripada kira-kira RM352 juta pada 2014 kepada RM4.093 bilion pada 2017.

Bagi 2017 sahaja, RCI menyatakan TH tidak sepatutnya mengisytiharkan hibah tahunan 4.5 peratus serta tambahan hibah haji 1.75 peratus, berjumlah RM2.75 bilion.

Jadi, apabila ada yang mengatakan tindakan TH ketika itu tidak salah hanya kerana wujud perbezaan kaedah penilaian aset, kita perlu kembali kepada dapatan RCI.

RCI bukan sekadar mengatakan terdapat perbezaan metodologi. RCI menyatakan penggunaan RAV untuk memenuhi keperluan Seksyen 22 tidak selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima umum dan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Pada masa sama, RCI turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana pada 2017 memberikan pendapat audit tanpa ubah walaupun terdapat perkara yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai ketidakpatuhan.

Kesimpulannya, perdebatan ini tidak wajar dialihkan menjadi semata-mata “PwC lawan Audit Negara”, kerana dapatan RCI jelas iaitu penggunaan RAV bagi tujuan pengagihan keuntungan Tabung Haji antara 2014 hingga 2017 tidak selaras dengan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995.

Jangan putar belit.

*Suwadi Guliling ialah Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM)

Related Posts

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana