Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

KENYATAAN UMNO menerusi program Musyawarah Nasional bertajuk ‘Realiti dan Persepsi: Jangan Mempolitikkan Tabung Haji’, hari ini mengundang persoalan mengenai kedudukan serta dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH).

Menurut Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar berkata, tiada masalah sekiranya perbincangan akademik mengenai TH diadakan dengan mendapatkan pandangan tokoh profesional, termasuk bekas Ketua Audit Negara dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Namun, katanya, rakyat juga berhak mempersoalkan hakikat bahawa RCI berkenaan ditubuhkan ketika UMNO masih berada dalam kerajaan.

“Ketika RCI ditubuhkan dan proses siasatan berjalan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu merupakan Naib Presiden UMNO ialah Perdana Menteri, manakala ramai anggota Kabinet terdiri daripada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mahfuz, justeru tidak wajar sekiranya RCI tersebut kini digambarkan seolah-olah diwujudkan oleh kerajaan lain semata-mata untuk menyerang UMNO.

Beliau turut mempersoalkan mengapa RCI dibenarkan menjalankan siasatan sekiranya laporan serta dapatan suruhanjaya itu dianggap tidak penting.

“Kalau dapatan RCI semuanya sekadar ‘persepsi’, mengapa kerajaan ketika itu membenarkan proses siasatan tersebut berjalan? dan kalau hari ini kita mahu menghormati dapatan profesional, hormatilah juga dapatan RCI,” katanya.

Mahfuz menegaskan isu Tabung Haji tidak seharusnya dilihat sebagai pertentangan antara Pakatan Harapan (PH) dengan UMNO atau mana-mana parti politik.

“RCI bukan milik PH. RCI bukan milik UMNO. RCI bukan milik Pas. Tabung Haji milik amanah pendeposit,” katanya.

Beliau berkata, penjelasan bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Madinah Mohamad, mengenai perbezaan metodologi antara Jabatan Audit Negara (JAN) dan PricewaterhouseCoopers (PwC) wajar didengar.

Bagaimanapun, katanya, perbezaan metodologi tidak seharusnya digunakan untuk mengaburkan persoalan lebih besar mengenai pengurusan dan kedudukan kewangan TH.

Mahfuz turut merujuk kepada beberapa perkara yang menurutnya direkodkan dalam laporan RCI, termasuk persoalan berkaitan pengurusan, pelaburan dan tadbir urus TH.

Katanya, laporan tersebut turut menyentuh cadangan audit forensik terhadap beberapa pelaburan serta dapatan berkaitan transaksi yang mencurigakan dan dakwaan penyembunyian maklumat.

“Persoalan rakyat bukan sekadar mengapa angka JAN RM3.4 bilion, manakala PwC RM1.4 bilion.

“Persoalan lebih besar ialah apa yang sebenarnya berlaku kepada wang dan aset Tabung Haji sehingga persoalan sebesar ini muncul?” katanya.

Mahfuz berkata, pihak yang mahu mempertahankan pendirian mengenai TH perlu menjawab dapatan RCI secara substantif dan bukan sekadar mengubah perbahasan kepada isu “persepsi”.

Beliau turut mengingatkan bahawa Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik, sebaliknya merupakan institusi yang mengurus amanah para pendeposit.

“Kalau RCI itu fitnah, bantahlah dapatan RCI. Jangan sekadar tukar tajuk daripada ‘apa yang berlaku’ kepada ‘jangan politikkan persepsi’.

“Tabung Haji bukan milik mana-mana parti. Tetapi amanah Tabung Haji juga bukan tempat untuk mana-mana parti memilih fakta yang sedap didengar sahaja,” katanya.

Related Posts

Tempoh idah PRU16 belum sampai

KULIM – Kerajaan Perpaduan ketika ini belum lagi memasuki tempoh ‘idah’ untuk membubarkan parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

PERBINCANGAN mengenai penyatuan politik Melayu memasuki fasa yang lebih mencabar apabila Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mencadangkan Terengganu dijadikan medan untuk menguji sejauh mana keikhlasan Pas dalam membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana