Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rundingan antara kedua-dua pihak masih berjalan dengan beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum persetujuan dimeterai.

Beliau berkata, setakat ini tiada perkara luar biasa berlaku dalam rundingan berkenaan yang masih melalui proses perbincangan dan rundingan antara Kerajaan Negeri dengan pihak pembangkang.

“Belum meterai lagi. Tidak ada yang luar biasa setakat ini. Itu hanya perbincangan dan biasalah ada tolak tarik, ada rundingan, ada bincang apa semua.

“Perbincangan belum tamat lagi. Nanti kita akan maklumkan kalau kedua-dua pihak memeterai persetujuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Jelajah Sejahtera Madani-Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0 di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, kerjasama itu berpotensi melibatkan keseluruhan ADUN Bersatu Selangor, namun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan.

“Setakat yang saya faham mereka ada 11 Ahli Dewan Negeri termasuk seorang lagi, Datuk Rashid, jadi mungkin kalau kesemuanya terlibat, Alhamdulillah.

“Tapi kita tengok keadaanlah sebab benda masih lagi awal untuk kita bincang dan untuk saya maklumkan,” katanya.

Amirudin berkata, Kerajaan Negeri berharap persetujuan berkenaan dapat dimeterai sebelum sidang pembentangan Belanjawan Selangor.

“Kita harapkan sebelum sidang bajet Dewan Negeri, tapi kita tengoklah. Kalau semuanya berjalan dengan baik dan mampu untuk dimeterai, kita meterai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri turut mengambil kira pengalaman perjanjian kerjasama atau Confidence and Supply Agreement (CSA) di peringkat Persekutuan sebelum ini dalam merangka kerjasama dengan pembangkang di Selangor.

“Dia macam perjanjian CSA ketika Parlimen yang lepas. Kita ambil pengalaman dan kita ambil iktibar daripada pengalaman CSA antara Harapan bersama dengan Datuk Seri Ismail Sabri,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan ADUN Selangor daripada Bersatu dijangka mengadakan pertemuan dengan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memuktamadkan perjanjian kerjasama.

Related Posts

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Melaka: Buang ego ideologi, teladani diplomasi Hudaibiyah dalam rundingan – Tajuddin

KUALA LUMPUR – Parti-parti politik yang menolak sentimen perkauman dan agama disaran meneladani diplomasi serta fleksibiliti Perjanjian Hudaibiyah dengan bersedia ‘duduk semeja’ mengadakan rundingan kerusi bagi mendepani Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan