IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah dan institusi pendidikan kendalianya, yang terletak di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 diarahkan tutup mulai esok.

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad berkata arahan itu turut membabitkan kawasan yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150 selama tiga hari berturut-turut, dengan penutupan bermula Isnin, 12 Oktober.

Menurutnya, langkah berkenaan diambil bagi melindungi kesihatan dan keselamatan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

“Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar (JAS) hendaklah ditutup bermula Jumaat, 9 Oktober 2026.

“Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut hendaklah ditutup bermula pada Isnin, 12 Oktober 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Setakat jam 7.10 malam ini, tiga kawasan mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 iaitu Segamat, Johor (190), Seremban, Negeri Sembilan (189) dan Nilai, Negeri Sembilan (183).

Sementara itu, Kluang di Johor merekodkan bacaan tepat 180, manakala Rompin di Pahang dan Johan Setia di Selangor masing-masing mencatatkan 178, menghampiri paras penutupan ditetapkan KPM.

Di Selangor, beberapa kawasan lain turut mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Banting (172), Shah Alam (171), Petaling Jaya (166) dan Klang (165).

Beliau berkata sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) bagi memastikan proses pembelajaran murid tidak terganggu.

Menurutnya, pelaksanaan PdPR perlu mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesediaan guru.

Selain itu, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan.

Mohd Azam berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan institusi pendidikan perlu terus memantau bacaan IPU serta mengambil tindakan sewajarnya apabila melepasi paras ditetapkan.

Katanya, KPM akan terus memantau perkembangan jerebu dan mendapatkan nasihat Kementerian Kesihatan serta agensi berkaitan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga pendidikan terpelihara.

Arahan itu turut mengambil kira titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu di negara ini.

Related Posts

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menutup institusi pendidikannya di kawasan yang mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 mulai Jumaat, 9 Oktober, susulan keadaan jerebu yang boleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

LABUAN – Wartawan Asia Times, Adam Kong Jeng Li, 38, yang memerlukan kaki palsu baharu bagi menggantikan alat sedia ada yang semakin uzur, menerima sumbangan Tabung Kasih@HAWANA X TM, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki