PM arah siasatan segera, telus kematian pelajar di Yong Peng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.

Anwar berkata, siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti apa yang sebenarnya berlaku dalam kejadian berkenaan.

“Jika terdapat unsur jenayah, tindakan tegas hendaklah diambil mengikut undang-undang,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa amat berdukacita atas pemergian Allahyarhamah serta mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris.

“Moga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.

Anwar berkata keselamatan anak-anak adalah tanggungjawab bersama dan kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara.

“Al-Fatihah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelajar Tingkatan Empat itu ditemukan tidak bernyawa di kawasan dewan sekolah di Yong Peng, Batu Pahat pada petang semalam selepas dipercayai menghadiri kelas tambahan.

Tiga pelajar lelaki berusia 16 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Related Posts

Jangan biarkan ‘bom jangka’ Rohingya jadi bom nuklear – Syed Saddiq

KUALA LUMPUR — Isu pengurusan pelarian Rohingya di Malaysia perlu ditangani secara lebih tegas dan adil bagi mengelakkan masalah berkenaan terus membesar sehingga memberi kesan kepada keselamatan, politik dan fabrik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Reformasi Tabung Haji buahkan hasil, pendapatan pelaburan cecah RM4.64 bilion

KUALA LUMPUR — Tabung Haji (TH) kekal kukuh dengan jumlah aset RM98.58 bilion berbanding liabiliti RM95.63 bilion, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu