Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu meninggal dunia

LAHAD DATU – Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy anak Panyau, 53, meninggal dunia di Kuching Life Care Society, Sarawak, pukul 9.30 malam, pada Sabtu.

Mendiang disahkan meninggal dunia selepas menjalani rawatan susulan masalah kesihatan berkaitan hati dan saluran hempedu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail yang dihubungi, mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, mendiang yang berketurunan Iban sebelum ini mendapatkan rawatan di Borneo Medical Centre, Kuching pada 14 Ogos lalu selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan hati.

“Beliau kemudian dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 15 Ogos dan diberikan cuti sakit sehingga 23 Ogos.

“Sebelum itu, mendiang turut menjalani pemeriksaan kesihatan termasuk pengimejan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di Gleneagles Hospital, Kota Kinabalu susulan mengalami kurang selera makan dan sembelit,” katanya.

Menurut Dzulbaharin, pada 20 Ogos, beliau mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sebelum dimasukkan ke Wad Pembedahan Lelaki bagi pemantauan dan rawatan selanjutnya.

“Semasa hayatnya, beliau seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan tugas di Lahad Datu,” kongsinya.

Sebelum ini mendiang Jimmy juga pernah menjawat jawatan Deputi Superintendan dan bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Mukah.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu