Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

KUANTAN – FELDA yang sekian lama menjadi nadi pembangunan ekonomi luar bandar memerlukan anjakan paradigma baharu bagi memastikan kelangsungan hidup peneroka dan generasi kedua tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil kelapa sawit dan getah.

Sehubungan itu, satu cadangan dikemukakan agar Belanjawan 2027 memberi penekanan khusus kepada pelaksanaan Program Lonjakan Pendapatan Peneroka dan Generasi Kedua FELDA.

Pengerusi Biro Sosial dan Kebajikan FELDA Wilayah Jengka, Razak Daud berkata, cadangan tersebut berpaksikan kepada keperluan mendesak untuk mempelbagaikan sumber pendapatan, mengurangkan kos sara hidup serta membuka lebih banyak peluang ekonomi berkualiti kepada anak-anak peneroka.

“FELDA sememangnya diiktiraf sebagai institusi penting dalam sejarah pembangunan negara, namun cabaran semasa menuntut pendekatan yang lebih progresif dan mampan.

“Justeru, satu tabung khas dan formula ‘Satu Peneroka, Dua Sumber Pendapatan’ perlu dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Beliau menjelaskan, pengenalan Tabung Peningkatan Pendapatan Peneroka FELDA dalam Belanjawan 2027 dapat menampung kos peningkatan produktiviti kebun, pembajaan, pemulihan tanah, mekanisasi, tanaman semula, tanaman makanan, ternakan serta modal perniagaan peneroka.

Katanya, bantuan disalurkan perlu berorientasikan projek berpendapatan berulang, bukan sekadar bantuan sekali-beri sahaja.

“Mengenai cadangan program ‘Satu Peneroka, Dua Sumber Pendapatan’ pula, setiap peneroka mempunyai sekurang-kurangnya satu punca pendapatan tambahan bagi meningkat taraf hidup mereka.

“Antara projek berpotensi termasuk tanaman pisang, nanas, halia, sayur-sayuran, kelapa, ternakan lembu, kambing, ayam, ikan air tawar, madu kelulut, agro-pelancongan, perniagaan makanan serta perkhidmatan jentera pertanian,” jelasnya.

Razak juga memaklumkan, tumpuan khusus perlu diberikan kepada generasi kedua FELDA melalui penubuhan Dana Generasi Kedua FELDA.

Dana berkenaan, katanya, bertujuan membantu belia dan anak peneroka memulakan perniagaan dalam bidang pertanian moden, penternakan, teknologi digital, e-dagang, logistik, bengkel, industri makanan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan kadar pembiayaan rendah dan tempoh bayaran fleksibel.

“Dalam masa sama, kerajaan dan FELDA dicadangkan mengenal pasti tanah tidak produktif untuk dibangunkan sebagai ‘Tanah Ekonomi Generasi FELDA.

“Tanah tersebut boleh dimanfaatkan untuk pembangunan food estate, tanaman bernilai tinggi, pusat ternakan, pusat pengumpulan hasil, industri pemprosesan makanan, gudang logistik dan pusat agro-pelancongan, sekali gus memastikan aset FELDA memberi pulangan optimum kepada warganya,” tambahnya.

Related Posts

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya
  • AdenAden
  • October 4, 2026

BATU PAHAT – Tiga pelajar lelaki ditahan setelah disyaki ada kaitan dengan kes seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat yang ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Oleh Jasmine Ae, Nana Mohamad dan Eveline B KUCHING – Isu kos sara hidup, pengekalan bantuan kewangan, peluang pekerjaan serta sokongan kepada golongan mahasiswa merupakan antara harapan utama yang disuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Belanjawan 2027 perlu fokus lonjak pendapatan peneroka, generasi kedua FELDA

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Teguk petrol macam minum air, Malaysia diingatkan jangan ulang silap Eropah

Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

  • By Aden
  • October 4, 2026
Tiga pelajar ditahan disyaki ada kaitan kematian Irene Sofiya

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Belanjawan 2027: Rakyat mahu STR diteruskan, bantuan pelajar diperluas

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Perlawanan persahabatan erat hubungan kerajaan, ketua masyarakat

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40

Bintulu lokasi rintis model rumah mampu milik M40