Sarawak guna dana sendiri bina loji air RM240 juta, beri subsidi solar – Abang Jo

MUKAH – Kerajaan Sarawak menyalurkan peruntukan dana negeri sendiri bagi merancakkan pembinaan infrastruktur asas di Mukah, termasuk projek loji rawatan air baharu bernilai RM240 juta bagi menyelesaikan masalah bekalan air penduduk setempat.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, loji air baharu tersebut berkeupayaan membekalkan sehingga 60 juta liter air sehari demi menampung keperluan masyarakat di kawasan berkenaan.

“Kita bina loji rawatan air ini menggunakan duit negeri sendiri tanpa bergantung kepada Putrajaya.”

“Walaupun kosnya tinggi, kita lancarkan juga supaya tiada lagi rakyat yang terpaksa menunggu air paip,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 di Kingwood Resort, di sini pada Jumaat.

Menurut Abang Johari, ketegasan Sarawak menggunakan dana sendiri dalam pembangunan pesisir pantai turut terbukti menerusi projek pembinaan jambatan ikonik seperti Jambatan Batang Lassa, Jambatan Batang Lupar, Jambatan Paloh dan Jambatan Igan yang menelan kos keseluruhan melebihi RM2 bilion.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengumumkan langkah kerajaan negeri menyediakan subsidi sebanyak RM15,000 iaitu separuh daripada kos keseluruhan RM30,000 bagi pemasangan panel solar di bumbung kediaman rakyat, seperti projek rumah Spektra Permata di Balingian.

“Penggunaan tenaga solar dengan bateri teknologi sodium berkeupayaan membekalkan elektrik hingga 12 jam. Ini sekali gus melindung rakyat daripada impak lonjakan harga minyak diesel dunia yang terjejas akibat krisis antarabangsa,” jelas beliau.

Related Posts

Kerjasama industri buka laluan kerjaya, lagi 20 graduan Sabah raih kerja di Johor

KOTA KINABALU – Seramai 20 graduan Program Certificate in Precision Micro-Soldering & Electronics Technopreneurship menerima tawaran pekerjaan di Johor sejurus menamatkan latihan kemahiran sekali gus membuktikan kerjasama industri mampu membuka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DUN Sarawak dibubar 26 Oktober, laluan PRN Ke-13 dibuka

KUCHING – Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 akan dibubarkan berkuat kuasa Isnin, 26 Oktober 2026, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13. Premier Sarawak, Tan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi