Sarawak perlu terajui pelbagai cabang ekonomi baharu – Abang Jo

MUKAH – Kerajaan Sarawak bertekad untuk terus memimpin perubahan dengan menerokai pelbagai cabang ekonomi baharu berasaskan teknologi tinggi, tenaga hijau serta perdagangan karbon demi memacu masa depan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, landskap ekonomi serta cabaran iklim dunia kini memerlukan pendekatan berani dan berpandangan jauh supaya Sarawak kekal relevan dan berdaya saing.

“Dalam era baharu yang dipengaruhi teknologi AI dan perubahan iklim global, kita tidak boleh lagi berada di takuk lama. Prinsip kepimpinan kita jelas, kita mesti memimpin dan bukannya sekadar mengikut.

“Sarawak kini menjadi peneroka awal di Malaysia dalam menguruskan potensi perdagangan karbon menerusi kekayaan tanah paya dan hutan pesisir pantai kita, selain memajukan teknologi hidrogen serta tenaga solar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pemimpin Bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum sempena Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Abang Johari menjelaskan bahawa kawasan pesisir pantai sepanjang 200 kilometer dari Kuala Rajang hingga ke Balingian kaya dengan tanah paya yang berkeupayaan menyerap karbon tiga kali ganda lebih tinggi berbanding pokok biasa.

“Kelebihan semula jadi ini merupakan sumber ekonomi baharu kita. Malah undang-undang pengurusan karbon yang kita gubal kini menjadi rujukan dan bakal diguna pakai menerusi kerjasama dengan Putrajaya,” tambah beliau.

Turut hadir, Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun