Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

PUTRAJAYA – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan ProSignal Consortium Sdn Bhd perlu memberikan penjelasan terperinci berhubung masalah aplikasi navigasi tempatan, TuJu, termasuk punca gangguan serta langkah penambahbaikan yang sedang dilaksanakan.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, kedua-dua pihak perlu menjelaskan aspek teknikal yang terlibat, prestasi semasa aplikasi serta tindakan bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan pengguna.

“LLM dan ProSignal perlu memberikan penjelasan khusus dan terperinci berhubung isu yang dibangkitkan oleh pengguna.

“Ini termasuklah punca masalah, aspek teknikal yang terlibat, status prestasi semasa aplikasi serta langkah penyelesaian dan proses penambahbaikan yang sedang atau akan dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan di Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Fahmi menjelaskan, pembangunan aplikasi TuJu dilaksanakan oleh ProSignal Consortium menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan LLM yang ditandatangani pada 26 Mei 2022.

Aplikasi itu kemudiannya dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pada 26 November 2025.

Sehubungan itu, beliau berkata, isu berkaitan aplikasi berkenaan perlu dirujuk kepada Menteri Kerja Raya memandangkan pembangunan dan penyeliaannya terletak di bawah bidang kuasa kementerian itu menerusi LLM.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, kerajaan menggalakkan orang ramai menggunakan pelbagai aplikasi navigasi, sama ada yang dibangunkan syarikat tempatan mahupun luar negara, dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kebolehpercayaan.

Menurutnya, pengguna tidak seharusnya bergantung kepada satu aplikasi sahaja, sebaliknya boleh memilih alternatif yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

“Pengguna tidak seharusnya bergantung kepada satu aplikasi sahaja, sebaliknya boleh mempertimbangkan pilihan alternatif yang sesuai dengan keperluan masing-masing,” katanya.

Related Posts

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang menyiasat dakwaan platform media sosial gagal menghalang penstriman langsung insiden serangan terhadap seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN