Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan meraih tiga lagi pingat emas hari ini adalah satu pencapaian yang membanggakan.

“Tahniah dan syabas kepada penyumbang emas hari ini,” katanya menerusi media sosial hari ini.

Tiga pingat emas itu disumbangkan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi acara keirin lelaki di Velodrom Izu, selain skuad skuasy berpasukan wanita dan lelaki di Arena Nagoya Kinjo Futo.

Pada aksi final, skuad skuasy berpasukan wanita yang dianggotai Aifa Azman, S Sivasangari, Aira Azman dan Rachel Arnold menewaskan Hong Kong 2-1.

Skuad lelaki pula yang dibarisi Ng Eain Yow, Sanjay Jeeva, C Ameeshenraj dan Mohammad Syafiq Kamal menewaskan Pakistan 2-0.

Dalam pada itu, Anwar menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya terus mendoakan kejayaan atlet negara yang bakal meneruskan perjuangan memburu pingat emas pada pentas final esok.

“Esok, perjuangan memburu emas diteruskan oleh gandingan padel lelaki, Christian Didier Chin dan Aidan Yunus, serta skuad hoki lelaki yang akan beraksi di pentas final. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka,” katanya.

Related Posts

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

REMBAU – Isu pemilihan Undang Luak Rembau Ke-22 sebenarnya bermula daripada pertikaian di peringkat akar umbi institusi adat Rembau sendiri dan bukannya berpunca daripada campur tangan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

MUKAH – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan awal bahawa Belanjawan Sarawak 2027 yang bakal dibentangkan pada 12 Oktober depan akan terus mengukuhkan kedudukan kewangan negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Isu pemilihan Undang Luak Rembau bermula dari akar umbi, bukan campur tangan Tuanku Muhriz

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Belanjawan Sarawak 2027: Abang Jo beri bayangan berita gembira, tarif elektrik kekal

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pewartaan Tanah Rizab Melayu: Pencapaian MADANI, legasi untuk Belanjawan 2027

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Pahang buru bakat baharu sepak takraw, termasuk anak Orang Asli

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Belanjawan 2027: Kebajikan mahasiswa diberi perhatian – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM

Generasi muda perlu berani bersuara, tolak rasuah dan salah guna kuasa – PM