Pemandu Honda WR-V maut terbabas di Pan Borneo Inanam

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an maut selepas Honda WR-V dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Pan Borneo Inanam, berhampiran simpang masuk Kampung Kawakaan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenai penemuan mayat lelaki di kawasan Kampung Kawakaan kira-kira pukul 10.50 pagi hari ini.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 4 petang semalam ketika mangsa dalam perjalanan dari Penampang menuju Menggatal.

“Kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan, melanggar penghadang jalan dan terjunam ke dalam parit.

“Mangsa dipercayai tercampak keluar dari kenderaan sebelum dihanyutkan arus deras,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan Bomba terpaksa dihentikan sementara malam tadi berikutan keadaan cuaca dan arus deras sebelum disambung semula pagi ini.

Mayat mangsa ditemukan tersangkut pada kayu di dalam sungai, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sebelum dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah selain mengekalkan serta menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk Sumbangan Asas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

PUTRAJAYA – Bedah siasat terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang ditemukan meninggal dunia di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, mendapati punca kematian adalah trauma tumpul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Pelancong warga emas maut selepas snorkeling

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Belanjawan 2027: Peruntukan, elaun petugas FDS perlu diperkasa – Presiden MMA

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Jambatan Sejingkat jadi laluan alternatif, rancak ekonomi Samarahan-Kuching

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu

Penceramah motivasi ditahan semula selepas tamat reman kes terdahulu