2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

BERA – Dua lelaki Orang Asli direman dua hari kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (RAMSAR) semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, perintah reman terhadap kedua-dua lelaki itu dibenarkan sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, suspek berusia 27 dan 61 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika operasi penguatkuasaan mengikut Akta Perhutanan Negara 1984.

“Operasi disertai Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Bera, Ibu Pejabat Polis Daerah Bera, Pasukan Gerakan Am serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

“Ketika operasi, pasukan penguat kuasa menahan sebuah lori dinaiki dua lelaki berkenaan kerana disyaki melakukan beberapa kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya, lapor Berita Harian.

Zulkiflee berkata, kesalahan disyaki dilakukan membabitkan Seksyen 47(1) kerana memasuki Hutan Simpan Kekal (HSK), Seksyen 15 kerana mengambil hasil hutan tanpa kebenaran serta Seksyen 81(1)(d) akta sama.

Beliau berkata, Seksyen 81(1)(d) antaranya melarang perbuatan mencari, mengambil atau memindahkan hasil hutan atau mineral di dalam HSK tanpa kebenaran sah.

“Lori bersama muatan sawit turut disita mengikut Seksyen 88 Akta Perhutanan Negara 1984,” katanya.

Related Posts

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim digesa menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku sehingga pendiriannya berhubung Surat Cara Proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

AMK Negeri Sembilan gesa jangan alih isu kedudukan Yang di-Pertuan Besar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Li Qiang jamin kepentingan PMKS Malaysia terpelihara – PM Anwar

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Pelaburan lebih RM28 bilion antara hasil lawatan Anwar ke China

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Tujuh halaman, tapi soalan asas masih belum dijawab Ismail – Tengku Zafrul

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Abang Perdana Menteri meninggal dunia

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO