Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

MIRI – Masyarakat digesa untuk mengikis stigma negatif berhubung isu kesihatan mental, sebaliknya tampil menjadi sistem sokongan yang utuh kepada individu yang sedang berdepan dengan cabaran emosi kritikal.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pendekatan masyarakat masa kini perlu segera dianjak daripada budaya mudah menghakimi dan menyalahkan, kepada sikap empati yang saling memahami dan sedia mendengar.

“Kita mungkin tidak tahu kepahitan yang sedang dilalui oleh seseorang, tetapi kita sentiasa mempunyai pilihan untuk lebih prihatin dan membantu.

“Tindakan mendapatkan rawatan kesihatan mental bukanlah sesuatu yang memalukan, sebaliknya ia adalah proses pemulihan yang sama pentingnya dengan penjagaan kesihatan fizikal,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh wakilnya, Ketua Angkatan Miri, Christopher Jemat Amie bersempena dengan pelancaran Kempen Hentikan Stigma: Program Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2026 (United For Hope) peringkat Bahagian Miri di Pustaka Negeri Sarawak baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Chiew yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menekankan keperluan mendesak untuk memberi tumpuan khusus kepada golongan muda yang kini semakin mudah terdedah kepada pelbagai tekanan akademik dan pengaruh toksik di media sosial.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar elemen pendidikan kesihatan mental diterapkan bermula dari peringkat awal pembesaran, yang digerakkan menerusi kerjasama merentas sektor membabitkan agensi kesihatan, institusi pendidikan, institusi kekeluargaan, dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Program kesedaran anjuran Pejabat Kesihatan Bahagian Miri yang mengangkat tema ‘Ubah Tanggapan, Bina Harapan’ (Changing the Narrative on Suicide) itu berjaya menghimpunkan kira-kira 250 peserta, terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, para ibu bapa, serta wakil pelbagai agensi kerajaan.

Related Posts

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

KUCHING – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan datang dijangka masih kekal mempertandingkan 82 kerusi sedia ada berikutan proses kajian semula persempadanan bagi 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

BERA – Dua lelaki Orang Asli direman dua hari kerana disyaki menghalang penjawat awam menjalankan tugas dalam operasi penguatkuasaan di Hutan Simpan Pemuliharaan Tasek Bera (RAMSAR) semalam. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

PH Pulau Pinang mahu ‘semak semula’ kerjasama dengan UMNO

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

Gaji rakyat antara keutamaan Belanjawan 2027 – Akmal Nasrullah

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

17 kerusi baharu DUN Sarawak dijangka tidak dipertandingkan pada PRN akan datang

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

Hentikan stigma kesihatan mental, masyarakat digesa jadi sistem sokongan

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

2 Orang Asli direman ganggu penjawat awam laksana tugas dekat Tasek Bera

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri

Gabung tiga acara utama, edisi sulung SLF 2026 sasar 50,000 pengunjung di Miri