YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Presiden Republik Rakyat China, Presiden Xi Jinping mengetuai delegasi Malaysia dan China semasa mesyuarat dua hala di Shenzhen, China. 20 November 2026. IZZUDDIN ABD RADZAK/Pejabat Perdana Menteri.NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: These handout photographs are provided solely for editorial reporting purposes and may be used only for the contemporaneous illustration of the events, subjects, individuals depicted, o
PENGUKUHAN ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjadi antara pencapaian ekonomi yang diketengahkan sempena empat tahun pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan mata wang tempatan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ketika beliau mula menerajui kerajaan.
Pemerhati politik, Ahmad Mursi berkata, nilai ringgit yang sebelum ini berada pada RM4.75 bagi setiap dolar AS ketika Anwar mengambil alih pentadbiran negara, pernah mengukuh sehingga RM3.95 pada tahun ini.
“Yang menarik tentang pencapaian ringgit ini ialah ia berlaku ketika banyak negara lain sedang bergelut untuk mempertahankan nilai mata wang masing-masing.
“Tengok sahaja Indonesia, Filipina dan Thailand. Mata wang mereka berdepan tekanan yang cukup besar tahun ini. Dalam keadaan itu, ringgit pula muncul sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di Asia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata, ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan mata wang utama Asia pada 2024, sebelum terus mengukuh sekitar 10 peratus pada 2025.
Menurutnya, prestasi itu berterusan apabila ringgit sekali lagi muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik dalam kalangan negara Asia pada dua bulan pertama 2026, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
Katanya, pencapaian itu lebih bermakna apabila mengambil kira keadaan ekonomi dunia yang berdepan pelbagai ketidaktentuan, termasuk perang di Ukraine, konflik di Asia Barat, perang tarif Amerika Syarikat serta ketidaktentuan harga minyak.
Mengulas manfaat kepada rakyat, Ahmad Mursi berkata, pengukuhan ringgit memberi kelebihan kepada mereka yang perlu membuat pembayaran dalam mata wang asing, termasuk jemaah haji dan umrah serta ibu bapa yang mempunyai anak belajar di luar negara.
“Kalau dulu nak hantar USD1,000 kepada anak, kena keluarkan RM4,750. Pada kadar RM3.95 pula, cukup RM3,950. Dah jimat RM800,” katanya.
Beliau berkata, peniaga yang mengimport barangan dari luar negara turut mendapat manfaat apabila kos pembelian bahan mentah, ubat-ubatan dan makanan dalam mata wang asing menjadi lebih rendah.
Bagaimanapun, katanya, pengukuhan ringgit bukan bermakna nilainya akan meningkat setiap hari atau harga semua barangan akan turun secara serta-merta kerana kadar pertukaran masih dipengaruhi perkembangan ekonomi global.
Menurutnya, prestasi ekonomi negara, keyakinan pelabur, pembaharuan fiskal serta pengurusan BNM antara faktor yang membantu menyokong pengukuhan ringgit.
Beliau berkata, pencapaian itu wajar dilihat dalam konteks cabaran ekonomi dunia dan prestasi mata wang negara lain sepanjang empat tahun pentadbiran Anwar.

