Dr Wan Azizah selesai jalani prosedur kesihatan

PUTRAJAYA – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjalani satu prosedur kesihatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Hospital Sultan Idris Shah, Dr Farique Rizal Abdul Hamid menerusi satu kenyataan.

“Alhamdulillah, setakat ini Datuk Seri Dr Wan Azizah berada dalam keadaan yang baik, namun masih memerlukan pemantauan rapi pasukan perubatan.

“Kami menzahirkan penghargaan kepada semua pihak atas doa serta ingatan buat kesembuhan segera Datuk Seri Dr Wan Azizah,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya berterima kasih atas ruang privasi diberikan kepada Wan Azizah untuk menerima rawatan dengan sempurna.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Facebooknya mendoakan supaya Wan Azizah diberikan kesihatan yang baik dan sembuh segera.

“Susah senang bersama!.

“Doakan kesihatan isteri saya diberi keafiatan sesegera mungkin. Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

‘Tak payah ambil Grab dah’ – Netizen teruja LRT3 percuma sebulan

SHAH ALAM – Pengumuman tambang percuma selama sebulan bagi Laluan Rel Transit 3 (LRT3) Shah Alam disambut positif oleh orang ramai yang melihat kemudahan baharu itu mampu menjimatkan kos perjalanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima stesen baharu LRT3 dibina hujung tahun ini, My50 diperluas mulai Ogos

KLANG – Kerajaan mengesahkan pembinaan lima stesen baharu bagi Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam akan bermula hujung tahun ini bagi memperkukuh rangkaian pengangkutan awam di Lembah Klang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Usul 17 kerusi DUN Sarawak tertangguh, Abdul Karim zahir rasa kecewa

Usul 17 kerusi DUN Sarawak tertangguh, Abdul Karim zahir rasa kecewa

Hampir 4,500 jemaah mohon insentif Haji Selangor, permohonan dibuka hingga 15 Julai

Hampir 4,500 jemaah mohon insentif Haji Selangor, permohonan dibuka hingga 15 Julai

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

Gol masa kecederaan bantu Kanada tewaskan Afrika Selatan

Suruh penyokong undi BN, Pas amalkan politik ‘parasitik strategik’ demi kuasa

Suruh penyokong undi BN, Pas amalkan politik ‘parasitik strategik’ demi kuasa

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

PRN Johor: Apabila strategi mengatasi prinsip, siapa sebenarnya dapat manfaat?

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2

Bantu B40 miliki lesen sah, 712 penduduk Lanang peroleh kelas B2