UMNO setuju perkukuh Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – UMNO bersetuju untuk memperkukuhkan lagi kerjasama dan gerak kerja dalam kalangan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia sebagai satu manifestasi keseriusan dan komitmen parti bagi memastikan kelangsungan kestabilan politik, kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Katanya, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota di Johor, memberi isyarat jelas rakyat menerima baik model kerjasama Kerajaan Perpaduan.

“Yang berteraskan prinsip kesederhanaan, toleransi, tidak ekstrem dalam memainkan sentimen agama mahupun bangsa yang boleh memudaratkan keharmonian rakyat berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan media selepas berakhir mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden UMNO dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, mesyuarat juga menzahirkan penghargaan kepada pengundi di Mahkota atas kepercayaan diberi kepada BN untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti amat besar.

“UMNO merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh jentera parti Kerajaan Perpaduan termasuk rakan-rakan parti komponen BN, Friends of BN dan Pakatan Harapan (PH) yang bekerja kuat sebagai satu pasukan hingga berjaya meyakinkan pengundi di Mahkota,” katanya.

Katanya, mesyuarat juga menegaskan, kemenangan di PRK itu tidak harus menjadikan UMNO angkuh dan bongkak, sebaliknya memastikan mandat diberikan rakyat dilaksanakan sebaik mungkin dengan penuh tawaduk dan beramanah.

Pada PRK itu, BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Mahkota dengan majoriti lebih besar selepas calonnya, Syed Hussien Syed Abdullah menang menewaskan calon Perikatan Nasional, Mohamad Haizan Jaafar.

Related Posts

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

PUTRAJAYA – Pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai satu perkembangan bersejarah yang membuka lembaran baharu kepada perjuangan demokrasi kampus dan autonomi mahasiswa di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar