Polis sahkan video tular lelaki diacu pistol, lari sekatan jalan raya

TAWAU – Polis mengesahkan video tular yang memperlihatkan seorang lelaki terpaksa diacukan pistol berikutan melarikan diri dari sekatan jalan raya yang dijalankan sepasukan anggota Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu berlaku pada Ahad kira-kira pukul 10.30 pagi berhampiran sebuah sekolah di Jalan Utara.

“Saya mengesahkan satu laporan polis telah dibuat seorang anggota polis yang bertugas pada Ahad dan satu kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 telah dibuka.

“Seorang lelaki belum dipastikan warga asing atau memiliki surat beranak berumur 35 tahun itu telah ditangkap berkaitan kes ini,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Jasmin, siasatan masih dijalankan dan hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Terdahulu, tular di media sosial berkaitan satu video berdurasi 14 saat memaparkan seorang anggota polis trafik mengejar dan mengacukan pistol kepada seorang lelaki.

  • Related Posts

    Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

    KULIM – Kebakaran besar yang memusnahkan empat kilang di Kawasan Perindustrian Taman Makmur, di sini hari ini berjaya dikawal anggota bomba selepas lebih dua jam operasi pemadaman dijalankan. Pengarah Jabatan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

    KOTA KINABALU – Kerjasama teknologi mesti menghasilkan peningkatan yang boleh diukur dari segi produktiviti, kemahiran tempatan dan peluang pekerjaan supaya dapat menyumbang secara bermakna kepada ekonomi Sabah. Timbalan Ketua Menteri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

    Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

    Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

    Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

    Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

    Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

    Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

    Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

    Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

    Selangor berpotensi capai KDNK RM500 bilion lebih awal – Amirudin

    Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara

    Citrawarna 2026 kembali selepas sedekad perkukuh promosi pelancongan budaya negara