Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

TAWAU – Polis menahan dua pemandu lori susulan rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial Facebook dipercayai memandu secara berbahaya di Jalan Apas, laluan Semporna–Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku pada 29 Ogos 2026, kira-kira jam 3.52 petang, ketika sebuah lori Isuzu dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Tawau.

“Berdasarkan siasatan awal, sebuah lagi lori Isuzu dipercayai telah memotong beberapa kenderaan lain secara berbahaya sehingga hampir melanggar sebuah motosikal.

“Rakaman kejadian berkenaan kemudiannya tular di media sosial pada 17 September 2026, sebelum laporan Polis dibuat pada jam 9.58 malam,” katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menahan kedua-dua lelaki terbabit pukul 11.10 malam, bagaimanapun, saringan air kencing terhadap kedua-dua pemandu mendapati mereka negatif dadah.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan pemilik akaun Facebook yang memuat naik rakaman berkenaan bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan,” ujarnya.

Tegas Rosdi, pihaknya memandang serius sebarang tindakan memandu secara melulu dan berbahaya yang boleh mengancam nyawa serta keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Semua pengguna jalan raya, khususnya pemandu kenderaan berat, dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, mengamalkan pemanduan berhemah dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan pengguna jalan raya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Tawau, Sarjan Razlan Razan di talian 019-823 4484,” katanya.

Related Posts

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

KOTA KINABALU – Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda daripada 700 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) kepada 1,350 MMscfd menjelang 2030. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

KUALA PILAH – Polis Negeri Sembilan mengambil langkah mempertingkat kawalan keselamatan di seluruh negeri susulan perkembangan kemelut semasa bagi memastikan keadaan kekal aman dan terkawal. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

DAP bincang pendirian isu pengampunan Najib esok

Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Polis tahan dua pemandu lori, ‘dashcam’ papar pemanduan bahaya

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda menjelang 2030

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Polis tingkat kawalan keselamatan susulan kemelut Negeri Sembilan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan

Generasi muda perlu hayati sejarah, pertahan kemerdekaan