UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau berkata, penjelasan itu penting bagi memperjelaskan apa yang sebenarnya berlaku, selain menentukan penyelesaian yang perlu diambil UMNO susulan perkembangan berkenaan.

“UMNO kena keluar kenyataan rasmi apa sebenarnya berlaku. Apa solusi UMNO,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Puad turut menyifatkan krisis berkaitan adat dan perlembagaan itu sebagai sesuatu yang memalukan UMNO, khususnya selepas rakyat memberikan mandat besar dengan harapan wujud kestabilan di Negeri Sembilan.

“Krisis adat dan perlembagaan yang terbaru di Negeri Sembilan amat memalukan UMNO. Rakyat baru bagi mandat besar untuk kestabilan tetapi semakin parah.

“Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari”,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan percanggahan kenyataan berhubung dakwaan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim dipaksa menandatangani proklamasi berkaitan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, sedangkan barisan Exco kerajaan negeri membuat kenyataan bahawa mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) mengesahkan proklamasi berkenaan.

“MB kata dia dipaksa tanda tangan proklamasi turunkan Tuanku Muhriz. Tetapi barisan Exco buat kenyataan bahawa mesyuarat MMK semalam mengesahkan proklamasi tersebut,” katanya.

Menurut Puad, perkembangan itu boleh menimbulkan persepsi dalam kalangan rakyat bahawa wujud krisis dalaman, termasuk persoalan mengenai pendirian beberapa Exco dan kemungkinan wujud perbezaan dalam UMNO Negeri Sembilan.

“Di mata rakyat macam ada krisis dalaman. Tidak logik Exco kerajaan negeri buat kenyataan media. Ada dakwaan dua Exco daripada PN ambil jalan selamat. Benarkah dalam UMNO Negeri Sembilan wujud dua puak berbeza?” katanya.

Puad turut mempersoalkan sama ada gurauan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada PAU UMNO berkaitan “order barang lain, tetapi sampai barang lain” mempunyai kaitan dengan perkembangan yang berlaku.

“Apakah gurauan Zahid “order barang lain, tetapi sampai barang lain” di PAU UMNO serius. Jurucakap Negeri Sembilan pula kata “Boleh refund”. Kita tunggu kalau muncul MB baru,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.  Premier…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz