Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

KUCHING – Sarawak di bawah kepemimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus membuktikan komitmen menerusi pendekatan “cakap serupa bikin” dalam merancakkan pembangunan negeri berlandaskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. 

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan hala tuju ekonomi wilayah itu kini memfokuskan kepada ekonomi hijau dan mampan bagi mengangkat status Sarawak sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.  

Menerusi ucaptamanya sempena Sambutan Hari Malaysia 2026 pada Rabu malam, beliau mendedahkan beberapa perancangan strategik berimpak tinggi, termasuk pemilihan Bintulu oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai satu daripada 43 Kluster Perindustrian Peralihan (TIC) di peringkat global, dan yang pertama di Malaysia bagi memacu transformasi beralih kepada tenaga bersih. 

Selain itu, jelas Abang Johari, kawasan Tanjung Embang di bahagian selatan wilayah ini turut dibangunkan sebagai pintu masuk jaringan ekonomi luas bertaraf hab rendah karbon serantau. 

“Pembangunan berskala besar tersebut akan disokong kukuh oleh pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa dan pelabuhan laut dalam yang baharu, yang dijangka akan menyuntik unjuran pelaburan keseluruhan mencecah RM100 bilion pada dekad akan datang,” kata Abang Johari lagi. 

Dalam pada itu, komitmen Sarawak untuk muncul sebagai hab ekonomi hijau serantau turut mendapat pengiktirafan antarabangsa melalui kesediaan Bank Pembangunan Asia (ADB) untuk menjalin kerjasama strategik. 

Abang Johari menjelaskan inovasi tenaga Sarawak kini memainkan peranan yang semakin dominan dalam mengukuhkan keterjaminan bekalan kuasa elektrik di rantau ASEAN. 

“Potensi pembekalan tenaga ini telah mula direalisasikan melalui rangkaian rentas sempadan yang membekalkan elektrik ke Kalimantan serta mengukuhkan hubungan pembekalan dengan Sabah, di samping perancangan rapi untuk memperluas bekalan tenaga ke Brunei,” ujarnya lagi.

Related Posts

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan pada masa hadapan disaran agar diraikan secara bergilir-gilir di setiap negeri di seluruh negara bagi memupuk semangat perpaduan nasional yang lebih utuh. Yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan kemelut berkaitan adat dan perlembagaan yang berlaku di Negeri Sembilan, kata bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Hari Malaysia wajar disambut bergilir, ketengahkan sejarah MA63 – TYT Sarawak

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Semenanjung boleh teladani keharmonian kepimpinan Sabah, Sarawak – PMX

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

Sarawak pacu ekonomi hijau, sasar wilayah berpendapatan tinggi menjelang 2030

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

UMNO perlu tampil jelaskan kemelut Negeri Sembilan yang memalukan – Puad Zarkashi

Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

  • By Ithma
  • September 17, 2026
Penambahbaikan BUDI Diesel signifikan kepada rakyat Sabah, Sarawak

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz

Aminuddin persoal kuasa EXCO tentukan kedudukan Tuanku Muhriz