Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

LAWAS – Hospital Lawas yang baharu berkapasiti 76 katil dijangka memperkukuh akses penduduk di kawasan utara Sarawak kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih selamat, berkualiti dan dekat dengan komuniti setempat.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, hospital baharu itu melengkapkan perkhidmatan sedia ada yang sebelum ini beroperasi sejak hampir 57 tahun lalu.

Menurutnya, Hospital Lawas sedia ada dirasmikan pada 16 Mei 1969 dan pembangunan fasiliti baharu itu membolehkan pelbagai perkhidmatan kesihatan ditempatkan di bawah satu bumbung dalam keadaan lebih selesa dan selamat.

“Antara penambahan yang disediakan ialah dua bilik pembedahan, dapur sajian pesakit dan makmal ICT yang bukan sahaja dapat membantu dari segi pengurusan maklumat digital.

“Disamping itu, juga membolehkan konsultasi dengan pakar perubatan di lokasi lain melalui persidangan video,” katanya semasa Majlis Penyerahan Projek Hospital Lawas (76 Katil) di Hospital Lawas, hari ini.

Hanifah berkata, hospital itu turut dilengkapi tambahan sembilan mesin hemodialisis, selain menyediakan keseluruhan 76 katil termasuk empat katil Wad Kebergantungan Tinggi.

Bagaimanapun katanya, kekangan sumber manusia menyebabkan pengisian jawatan di hospital berkenaan masih belum lengkap ketika ini.

Sehubungan itu, beliau berharap pengisian tenaga kerja dapat dipertingkatkan termasuk menempatkan doktor pakar secara tetap di Hospital Lawas berbanding hanya bergantung kepada lawatan pakar secara berjadual.

“Saya berharap hospital ini akan menjadi hospital berpakar supaya dapat mengurangkan kebergantungan rakyat kepada hospital yang jauh,” katanya.

Menurut Hanifah, faktor geografi menyebabkan penduduk Lawas sebelum ini berdepan perjalanan yang panjang untuk mendapatkan rawatan rujukan.

Katanya, perjalanan ke Limbang mengambil masa kira-kira satu jam setengah manakala perjalanan ke Miri boleh mengambil masa sekitar tiga jam setengah mengikut laluan tertentu termasuk merentasi sempadan Brunei atau Sabah.

Beliau berkata, kepentingan memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Lawas turut dapat dilihat menerusi statistik Unit Kecemasan dan Trauma hospital berkenaan.

Pada 2025, seramai 14,083 pesakit mendapatkan rawatan di unit itu, manakala sebanyak 693 pemindahan pesakit ke hospital lain direkodkan.

Daripada jumlah tersebut, 440 pesakit dipindahkan ke Limbang, 151 ke Miri dan 102 lagi ke Kota Kinabalu.

Hanifah bagaimanapun menjelaskan pembukaan hospital baharu itu tidak bermakna keperluan rujukan ke fasiliti kesihatan lain dapat dihapuskan sepenuhnya.

Sebaliknya, pengukuhan perkhidmatan di Lawas dapat memastikan lebih ramai penduduk memperoleh rawatan lebih dekat dengan keluarga dan komuniti mereka.

Related Posts

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

PENAMPANG – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Penampang menggesa Ketua UMNO Sepang, Datuk Noorazli Said menarik balik kenyataannya yang didakwa menjadikan paderi dan biarawati Katolik sebagai bahan jenaka berunsur seksual ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

IPOH – Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas lori dipandunya dihempap batu bersaiz besar yang dipercayai menggelongsor dari lereng bukit dalam kejadian runtuhan batu di sebuah kawasan kuari di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

  • By Ithma
  • September 15, 2026
AMK Penampang desak Noorazli tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada umat Kristian

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Pemandu lori maut dihempap runtuhan batu di kuari

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Sensitiviti agama bukan jenaka politik, Ketua UMNO Sepang diminta mohon maaf

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Hospital baharu Lawas perkukuh akses rawatan penduduk utara Sarawak

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar