Hospital Lawas bernilai RM183 juta siap, perkasa perkhidmatan kesihatan buat rakyat

LAWAS – Penduduk Lawas dan kawasan sekitarnya kini bakal menikmati akses kepada kemudahan kesihatan lebih moden dan berkualiti menerusi penyiapan Hospital Lawas berkapasiti 76 katil yang dibangunkan dengan kos RM183 juta.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, penyiapan hospital berkenaan merupakan satu lagi projek pembangunan penting kerajaan dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan utara Sarawak.

Menurutnya, projek itu bukan sekadar menyediakan sebuah bangunan hospital baharu, malah mewujudkan ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih komprehensif, selamat, selesa dan kondusif mengikut keperluan perkhidmatan kesihatan semasa.

“Dengan kapasiti 76 katil, kemudahan ini diharapkan dapat meningkatkan akses masyarakat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta menyumbang kepada kesejahteraan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Siap Cadangan Pembinaan Hospital Lawas (76 Katil), Fasa 2B di Hospital Lawas, hari ini.

Alexander berkata, projek berkenaan digalas Pasukan Projek Khas 2, Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak 30 Jun 2020 dan dilaksanakan menerusi kaedah reka dan bina oleh MCS Management Sdn Bhd dengan nilai keseluruhan RM183 juta.

Katanya, penyiapan hospital tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di Lawas, selain memperkukuh keyakinan masyarakat terhadap komitmen kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pihak kontraktor supaya terus melaksanakan tanggungjawab sepanjang Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP), khususnya dengan mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan dan kecacatan yang dikenal pasti.

Menurutnya, JKR juga akan meneruskan pemantauan selepas penyerahan bagi memastikan semua kemudahan berfungsi dengan baik, disenggara sewajarnya serta kekal memenuhi spesifikasi dan standard ditetapkan.

Alexander turut merakamkan penghargaan kepada Pasukan Projek Khas 2 JKR, pasukan reka bentuk, kontraktor utama, perunding profesional, jurutera, penyelia dan semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut.

Katanya, walaupun projek itu berdepan pelbagai cabaran teknikal dan operasi, kerjasama serta koordinasi berkesan antara semua pihak membolehkan ia disiapkan dan diserahkan untuk dimanfaatkan masyarakat.

“Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya kekal komited untuk memastikan projek pembangunan awam dilaksanakan dengan cekap, berkualiti dan memberi manfaat yang nyata kepada rakyat.

“Saya berharap Hospital Lawas ini dapat memberi manfaat dan menjadi sebahagian usaha berterusan kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan