Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat Peguam Negara dan peraturan ditetapkan.

Beliau pada masa sama menyelar tindakan pembangkang, khususnya Pas, yang didakwa cuba mengambil kesempatan daripada keputusan Lembaga Pengampunan itu dengan membangkitkan dakwaan wujud campur tangan atau ‘tangan ghaib’.

“Dia Pas ni sebenarnya dalam menangguk di air keruh kepentingan dia. Dia patut faham peraturannya betul, sebab orang, Perdana Menteri, siapa pun harus ada suara memberikan pandangan berdasarkan hukum, berdasarkan nasihat daripada Peguam Negara dan peraturan. Itu saya lakukan.

“Tapi kita tahu juga ini berbicara tentang tanggungjawab dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan dan tentunya harus mengambil kira semua faktor. Kita masih banyak kes-kes yang kita ambil dalam soal rasuah dan agak laju… saya sendiri telah menekankan supaya lebih tegas soal Tabung Haji dan FELDA.

“Jadi jangan kita ambil soal personal satu persatu,” tegas beliau pada sidang media penutup di Keralam, petang tadi.

Anwar berkata, tanggungjawab dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan tidak seharusnya dilihat secara terpisah atau hanya tertumpu kepada satu-satu individu, sebaliknya perlu mengambil kira keseluruhan faktor yang berkaitan.

Mengulas pendirian Pas mengenai isu berkenaan, Anwar menyifatkan parti itu tidak konsisten dalam pendiriannya, khususnya berkaitan isu rasuah.

“Ini soal Pas ni saya tidak kira sangat, tidak pernah konsisten. Dulu mereka yang paling keras. Bagi saya, saya tidak langsung komen dalam soal ini, tetapi seperti kita tahu ada masih kes berjalan dan kes itu telah mengundang perhatian dunia,” ujar beliau.

Anwar berkata demikian pada sidang media penutup lawatan kerja empat hari ke India dari 11 hingga 14 September 2026 yang merangkumi New Delhi dan Keralam.

Beliau mengadakan lawatan berkenaan bersama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.

Anwar dijadual meneruskan siri lawatan rasmi ke Malé, Republik Maldives, selama dua hari bermula petang ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun