Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

SIBU – Penghayatan mendalam terhadap sejarah pembentukan Malaysia amat penting bagi memastikan generasi masa kini terus memelihara asas keamanan, kestabilan dan perpaduan yang dikecapi negara sejak sekian lama.

Residen Bahagian Sibu, Superi Awang Said berkata, rentetan sejarah tidak seharusnya dilihat sekadar sebagai lipatan masa lalu, sebaliknya perlu diangkat sebagai panduan utama dalam membentuk masyarakat yang lebih menghargai keharmonian negara.

Menurutnya, kemakmuran yang dinikmati pada hari ini merupakan manifestasi perjuangan, pengorbanan, semangat toleransi dan kebijaksanaan tokoh terdahulu yang wajar difahami serta dihargai sepenuhnya oleh generasi pewaris.

“Tanpa memahami sejarah, kita mungkin mengambil mudah nikmat keamanan yang ada pada hari ini. Justeru, sejarah perlu dijadikan sebagai kompas (panduan) untuk kita melihat ke hadapan dan bukannya sekadar untuk mengimbau masa lalu,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Residen Bahagian Sibu, Christopher Ranggau Unting ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pameran Mini Sempena Hari Malaysia 2026 Peringkat Bahagian Sibu di pekarangan Pasaraya Bisonte pada Isnin.

Mengulas mengenai inisiatif tersebut, Superi menjelaskan bahawa pameran berkenaan membuka ruang kepada masyarakat setempat untuk menelusuri maklumat penting mengenai sejarah pembentukan Malaysia, khususnya yang melibatkan sumbangan signifikan Sarawak.

Dalam masa yang sama, beliau turut menyeru seluruh warga Sibu agar terus memperkukuh jalinan kerjasama dalam komuniti dan mengekalkan sikap saling menghormati silang kepelbagaian kaum serta budaya.

Pameran kenegaraan yang berlangsung selama tujuh hari itu merupakan inisiatif anjuran Jabatan Penerangan (JAPEN) Daerah Sibu dengan kerjasama strategik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Bahagian Sibu dan Jabatan Premier Sarawak. 

Kempen tersebut turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik termasuk pertandingan kuiz kenegaraan serta pengedaran bahan promosi berkaitan sambutan Hari Malaysia.

Foto: FB Pejabat Penerangan Sibu

Related Posts

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

MIRI – Lebih 100 peserta menyertai sesi libat urus (Town Hall) bagi membincangkan cadangan penubuhan Zon Ekonomi Khas rentas sempadan Miri-Kuala Baram-Kuala Belait (MKBs-SEZ) yang melibatkan sempadan wilayah Sarawak dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Zahid perlu selesaikan ‘bayang-bayang’ kes mahkamah sebelum teringin jadi PM11 – AMK

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Cadangan MKBs-SEZ: Pemacu baharu ekonomi Miri menjangkaui sektor minyak dan gas

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Generasi baharu diseru hayati sejarah pembentukan negara, pelihara keharmonian

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang

Mahfuz cabar UMNO, jangan kekal sambil menggoncang