Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan.

Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé khususnya sesi Product Development, Commercialization and Market Readiness Workshop, memberi pendedahan kepada pengurusan akademi mengenai pembangunan produk, perkhidmatan, pengkomersialan dan kesediaan pasaran.

“Penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé merupakan sebahagian daripada proses kami untuk melihat bagaimana pengalaman dan kepakaran yang dibangunkan melalui akademi boleh diterjemahkan kepada produk serta perkhidmatan.

“Produk dan perkhidmatan berkenaan perlu mempunyai nilai kepada industri sukan serta mampu membuka peluang baharu kepada organisasi.

“Penyertaan ini juga menjadi langkah penting dalam membina kapasiti organisasi dan meneroka model pembangunan yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.

Menurut Hardy, pembangunan akademi bola sepak tidak seharusnya hanya tertumpu kepada latihan dan pembangunan pemain, sebaliknya perlu dilihat sebagai sebuah ekosistem yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

“Pendekatan itu diterapkan menerusi 5K Musketeers yang merangkumi Kesukanan, Keilmuan dan Pendidikan serta Kemahiran dan Kerjaya, meliputi aspek Kekeluargaan dan Kesihatan serta Komuniti dan Kepimpinan.

“Menerusi pendekatan ‘More Than Football: Bukan Sekadar Bola Sepak’, kami mahu membangunkan ekosistem yang bukan sahaja melahirkan pemain, malah menyediakan ruang pembangunan insan dan peluang masa depan,” ujarnya.

Tambah Hardy, antara inisiatif yang sedang dibangunkan ialah TAMUBOLA, iaitu sistem pengurusan dan pembangunan bola sepak akar umbi berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“TAMUBOLA memberi tumpuan kepada pengurusan akademi, pembangunan pemain dan penyediaan profil digital.

“Sistem itu juga menyediakan kemudahan pemantauan perkembangan pemain serta membantu proses pengenalpastian bakat,” katanya.

Tambahnya lagi, Football Apprentis pula dibangunkan sebagai platform pembelajaran dan pengalaman praktikal bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai ekosistem bola sepak.

“Platform ini memperkenalkan peserta kepada pelbagai kemahiran, peranan dan peluang kerjaya dalam industri bola sepak.

“Musketeers mahu melihat bagaimana bola sepak boleh membuka lebih banyak peluang kepada generasi muda, bukan hanya sebagai pemain.

“Peluang itu turut merangkumi bidang pendidikan, teknologi, pengurusan, kejurulatihan, sains sukan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya.

Related Posts

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

PENGENDALI Manchester United, Michael Carrick menyifatkan keputusan pengadil membenarkan gol Erling Haaland sebagai sesuatu yang ‘merisaukan’ selepas skuad 10 pemain Manchester City mengejutkan Old Trafford awal pagi tadi. Gol tunggal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

  • By Fandi
  • September 14, 2026
Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

  • By Aden
  • September 14, 2026
Pelajar praktikal UiTM, wanita pemilik kolam ikan maut terkena renjatan elektrik

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

Aset S-GLC Pahang meningkat kepada RM11.3 bilion

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia

5,000 jemah imarahkan Festival Turath Islami Malaysia