YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi.

Kemenangan itu melayakkan YPM membawa pulang wang tunai RM40,000 selaku juara manakala MDR selaku naib juara pula menerima wang tunai RM20,000.

Pada perlawanan itu, dua gol YPM, masing-masing satu dijaringkan oleh Wan Muhammad Akmal Hakim Wahab dan Nasyrullah Mohd Zaki pada minit ke-13 dan 40, manakala jaringan tunggal MDR menerusi Zaiful Zakwan Arnain minit ke-80.

Perlawanan akhir Liga Rakyat Pahang 1st dimeriahkan lagi dengan keberangkatan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Hadir sama, Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah dan Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Fadzli Mohamad Kamal.

Sementara itu, menurut laporan Berita Harian, Wan Rosdy berkata, liga yang bermula pada 6 Jun lalu disertai 105 pasukan membabitkan 2,600 pemain dari seluruh Pahang.

“Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan Liga Rakyat Pahang 1st. Terima kasih kepada seluruh rakyat Pahang yang memberikan sokongan terhadap liga ini.

“Insya-Allah, Kerajaan Pahang akan terus memperkukuh pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi dengan menyediakan lebih banyak ruang, pertandingan dan peluang kepada anak Pahang menyerlahkan bakat masing-masing, selaras dengan Aspirasi Pahang 1st,” katanya.

Related Posts

Olise bantu Perancis kalahkan Belgium 4-1

MICHAEL Olise masuk sebagai pemain gantian untuk membantu Perancis menewaskan Belgium 4-1 dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA, awal pagi tadi, sekali gus menghadiahkan Zinedine Zidane kemenangan pertama di laman sendiri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Portugal kekal rekod menang 100 peratus, kalahkan Norway 2-1

JUARA bertahan Portugal mengekalkan rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah UEFA selepas menewaskan Norway 2-1 di laman sendiri pada Ahad sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan suku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills