Subsidi bersasar bukan menyusahkan rakyat, sebaliknya elak ketirisan wang negara

KOTA KINABALU – Pelaksanaan subsidi bersasar menerusi BUDI Diesel perlu ditambah baik mengikut keperluan rakyat Sabah, bukannya dimansuhkan atau dikembalikan kepada sistem subsidi pukal.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah, Zaidi Jatil berkata, subsidi bersasar bertujuan memastikan bantuan kerajaan dinikmati golongan yang benar-benar layak, selain mengelakkan ketirisan wang rakyat.

“Subsidi bersasar bukan bertujuan menyusahkan rakyat, tetapi memastikan wang rakyat tidak bocor.

“Perjuangan membela kepentingan rakyat Sabah perlu berlandaskan fakta dan realiti ekonomi, bukan sekadar sentimen kerana kenaikan kos bahan api bukan isu yang hanya berlaku di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan, pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 baru-baru ini yang mendakwa pelaksanaan BUDI Diesel menyusahkan rakyat Sabah.

Menurut Zaidi, harga bahan api dipengaruhi pasaran antarabangsa termasuk harga minyak mentah, bekalan global dan konflik geopolitik, sekali gus memberi kesan terhadap tanggungan subsidi kerajaan.

“Pada Mac lalu, Kementerian Kewangan menjelaskan konflik berlarutan di Asia Barat telah memberi tekanan kepada pasaran tenaga global sehingga meningkatkan beban subsidi kerajaan dengan ketara.

“Ketika harga minyak mentah global meningkat, tanggungan subsidi petrol dan diesel dianggarkan boleh mencecah RM4 bilion sebulan, sedangkan kerajaan turut perlu mengurus komitmen kewangan asas serta hutang negara.

“Subsidi pukal akan mengehadkan peruntukan untuk pembangunan asas rakyat. Sebab itu kewangan negara perlu diurus secara bertanggungjawab,” kongsinya.

Tambah Zaidi, kerajaan masih melindungi rakyat menerusi pemberian subsidi secara bersasar, termasuk mengekalkan harga BUDI95 pada RM1.99 seliter pada Jun lalu yang memanfaatkan lebih 14 juta penerima layak.

“Penerima menikmati penjimatan kira-kira RM346 sebulan bagi penggunaan 200 liter.

“Mulai Julai lalu, rakyat Malaysia yang layak menggunakan diesel pula menikmati harga bersubsidi RM2.10 seliter, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak membayar harga tanpa subsidi.

“Kerajaan masih membayar subsidi kepada rakyat, namun pendekatannya kini berubah bagi memastikan bantuan disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukan dinikmati tanpa batas oleh semua pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zaidi berkata, penyasaran subsidi diesel dianggarkan mampu menjimatkan kira-kira RM4 bilion setahun yang boleh disalurkan semula kepada rakyat menerusi bantuan dan pembangunan.

“Kita juga jangan lupa bahawa subsidi bukan wang yang turun dari langit. Setiap ringgit yang dibelanjakan kerajaan datang daripada hasil negara dan wang rakyat.

“Justeru, penjimatan daripada penyasaran subsidi boleh digunakan untuk membiayai pembangunan serta keperluan asas rakyat,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, pelaksanaan BUDI Diesel perlu mengambil kira realiti Sabah, termasuk jarak perjalanan yang jauh serta kebergantungan rakyat terhadap kenderaan diesel untuk bekerja, berniaga dan mengangkut hasil pertanian.

“Sebab itu perjuangan kita sepatutnya bukan untuk memansuhkan BUDI, tetapi memperbaikinya.

“Jika kuota tidak mencukupi, kita perjuangkan penambahan. Jika ada golongan yang tercicir, kita perluaskan kelayakan,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills