Donald Trump
WASHINGTON – Presiden, Donald Trump menyatakan kesediaan untuk menerima apa jua keputusan Pilihan Raya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat (AS) selepas keputusan awal menunjukkan Parti Demokrat mencatat kemenangan besar ke atas Parti Republikan (GOP).
“Kita akan bekerjasama dengan Demokrat dan sudah tentu menantikan peluang untuk bekerjasama dengan mereka,” kata Trump dalam nada lebih diplomatik.
Pendirian itu berbeza dengan kenyataannya sebelum ini yang sering mempersoalkan ketelusan pilihan raya berkenaan.
Trump turut mengakui Demokrat telah menjalankan kempen dengan baik dan mengaitkan kekalahan calon GOP, termasuk di kubu kuat parti itu, dengan perang berpanjangan di Iran.
Beliau bagaimanapun, menegaskan akan menggunakan kuasa veto sekiranya Demokrat mengemukakan rang undang-undang yang disifatkan tidak masuk akal.
“Mereka akhirnya akan menghubungi saya untuk mencari jalan mencapai persetujuan. Ketika itu, kita akan bekerjasama dengan Demokrat,” ujarnya kepada Fox News.
Sebelum keputusan awal diumumkan, Trump dilaporkan gelisah dan mengkritik liputan Fox News di media sosial.
Bagaimanapun, suasana di Rumah Putih berubah selepas Demokrat semakin hampir mencatat kemenangan yang boleh menjejaskan baki dua tahun pentadbirannya.



