Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

LIMBANG – Seramai tujuh individu ditahan dalam operasi membanteras penyalahgunaan dan kegiatan pengedaran dadah menerusi Ops Tapis Khas yang dijalankan di sekitar daerah ini selama tiga hari bermula Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata, operasi kendalian Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang itu turut membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine seberat 1.40 gram. 

Bahan terlarang yang dianggarkan bernilai RM140 tersebut dipercayai mampu membekalkan dos untuk kegunaan kira-kira 14 orang penagih.

“Daripada tujuh individu yang ditahan, empat lelaki tempatan kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 atas kesalahan memiliki dadah. 

Sementara itu, tiga lagi individu ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kejayaan operasi berkenaan merupakan hasil risikan berterusan pihak polis yang disokong oleh penyaluran maklumat serta kerjasama padu daripada masyarakat awam. 

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran tegas tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam pemilikan, pengedaran, mahupun bersubahat melindungi kegiatan jenayah tersebut.

Komitmen membanteras musuh nombor satu negara ini akan terus dipergiat bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan komuniti, khususnya dalam melindungi generasi muda daripada kancah ketagihan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah diseru untuk menyalurkannya segera dengan menghubungi talian IPD Limbang di 085-211466, Hotline 24 Jam JSJN Sarawak (017-5929211), atau tampil ke balai polis yang berhampiran.

Related Posts

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

KOTA KINABALU – Sebanyak RM6.62 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan 416 projek penggantian penuh sekolah daif di Sabah sepanjang tempoh 2017 hingga 2026. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Friends of BHESS bakal diperkenal, perluas sokongan terhadap MA63

KOTA KINABALU – Friends of BHESS bakal diperkenalkan sebagai wadah memperluas kefahaman dan sokongan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat dan Senator. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

RM6.62 bilion tangani isu sekolah daif Sabah, 245 sekolah siap sepenuhnya

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

Tujuh lelaki dicekup, polis Limbang rampas dadah dalam Ops Tapis Khas

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

MA63: Citra Sabah dalam kurikulum sekolah bermula tahun depan

Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Kerusi Parlimen Sabah, Sarawak perlu diperkukuh sebagai benteng Perlembagaan

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU

UMNO sambut baik hasrat PMX mansuhkan AUKU