Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO tidak akan mencalonkan semula mana-mana wakil rakyat daripada sayap itu yang dikenal pasti lebih mengutamakan kepentingan peribadi, malas atau sukar ditemui orang ramai, pada pilihan raya akan datang.

Penegasan itu dibuat Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang antara lain mengakui tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap wakil rakyat gagal memberi keutamaan kepada kepentingan parti dan perjuangan bersama.

“Saya hendak tegur dan ingatkan wakil rakyat (daripada) Pemuda UMNO, tiada apa-apa yang lebih penting berbanding perjuangan parti keramat kita yang ada pada hari ini.

“Saya tegas, Tok Mat (Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan), jika ada mana-mana wakil rakyat daripada Pemuda yang kepentingannya melebihi parti, maka saya tak teragak-agak untuk tidak mencalonkannya pada pilihan raya akan datang,” katanya ketika Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO pada Perhimpunan Agung sayap berkenaan, pada Khamis.

Selain Mohamad, turut hadir, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Mohd Hasnol Ayub serta Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah dan Setiausahanya, Mohd Hafiz Ariffin serta Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Akmal berkata, wakil rakyat Pemuda juga perlu menyedari bahawa kedudukan yang disandang bukan kerana kehebatan diri sendiri, sebaliknya hasil sokongan dan usaha rakan-rakan parti.

“Jika ada wakil rakyat kita yang tak bekerja, jika ada wakil rakyat kita yang malas, jika ada wakil rakyat kita yang susah angkat call, balas WhatsApp, tolong beritahu, kita akan pastikan dia tidak tercalon lagi pada yang akan datang.

“Dan jika ada wakil rakyat yang takut hendak bercakap soal perjuangan parti, tolong beritahu, saya pasti akan ‘kerjakan’ wakil rakyat itu habis-habisan kalau dia takut,” katanya.

Akmal berkata, menjadi wakil rakyat bukan sekadar membawa kepentingan diri, sebaliknya perlu membawa hasrat dan perjuangan parti selain melaksanakan amanah kepada rakyat.

“Jadi kepada wakil rakyat, daripada Pemuda, saya bagi amaran keras. Kamu tidak perform (kurang berprestasi). Sekali lagi saya hendak ingatkan, jawatan itu bukan milik kamu. Jawatan itu milik rakyat yang berada dekat kamu,” katanya.

Beliau turut mengingatkan 11 wakil rakyat Pemuda yang ada ketika ini supaya tidak bersikap sombong atau melupakan rakan-rakan yang membantu mereka sehingga berjaya memegang jawatan berkenaan

Related Posts

Pemimpin kanan bakal didakwa, UMNO sedia beri kerjasama penuh

KUALA LUMPUR – UMNO sedia memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya terdapat bukti kukuh untuk pendakwaan susulan dakwaan seorang lagi pemimpin kanan UMNO bakal dipanggil agensi itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyertaan 30 peratus Wanita UMNO perlu diterjemah kepada peluang sebenar

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mahu sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam kepimpinan parti diterjemahkan kepada peluang sebenar, bukan sekadar angka yang disebut setiap kali persidangan. Ketua Wanita UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

  • By Fandi
  • September 10, 2026
56 tindakan penguatkuasaan direkodkan dalam Ops Bersepadu LPKP Sandakan

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

23 usahawan Sabah terima Geran SME-UP RM230,000

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi