Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

KUALA LUMPUR – Pendirian Pemuda UMNO yang mahukan agenda penyatuan ummah digagaskan bersama Pas bukan ancaman kepada masyarakat bukan Melayu-Islam, sebaliknya dilaksanakan berlandaskan prinsip keadilan untuk membela seluruh rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya bersedia menjadi benteng parti dalam mempertahankan serta memastikan agenda berkenaan tidak terhenti sebagai wacana politik semata-mata.

Menurut beliau, agenda penyatuan ummah perlu diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memberi manfaat kepada rakyat pelbagai lapisan tanpa mengira kaum dan agama.

“Apabila bercakap mengenai penyatuan ummah, saya mahu ingatkan sahabat Cina dan India bahawa ia bukanlah ancaman kepada sesiapa. Membela Melayu bukan bererti mahu bermusuh dengan bukan Melayu.

“Manakala memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut lain kerana dalam Islam, kita diajar kepimpinan kuat mesti berlaku adil kepada seluruh rakyat,” katanya  ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin; serta Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh, Datuk Mohd Hasnol Ayub dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah; Setiausaha Pemuda UMNO, Mohd Hafiz Ariffin; Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan; dan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Akmal berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam memastikan penyatuan politik tidak menghilangkan identiti kaum yang diwakili parti komponennya.

Beliau menjelaskan, perjuangan membela kepentingan Melayu dan memartabatkan Islam tidak seharusnya ditafsirkan sebagai usaha meminggirkan kaum atau agama lain namun harus diterjemahkan menerusi keadilan kepada seluruh rakyat, selaras dengan prinsip yang didukung Islam.

“Jangan risau sahabat dari kaum Cina dan India. BN sudah ada bukti. Hari ini, MCA tidak pernah kehilangan identiti Cinanya, MIC tidak pernah kehilangan identiti Indianya dan PBRS (Parti Bersatu Rakyat Sabah) juga tidak pernah hilang jati diri Bumiputeranya,” katanya.

“Kami boleh bertolak ansur dalam politik tetapi kami tidak sama sesekali bertolak ansur terhadap Islam, Melayu dan Raja-Raja, selagi darah masih mengalir selagi nadi masih berdenyut, Pemuda UMNO akan terus lawan tetap lawan, kita boleh hilang kerajaan, boleh bertukar namun maruah Melayu, kesucian Islam dan kedaulatan Raja-Raja kami tidak akan jual kepada mereka,” katanya.

Related Posts

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) diseru bermuhasabah selepas UMNO kini membuka ruang kerjasama dengan Pas disebabkan tekanan yang diterima gabungan itu dalam memilih antara kuasa dan prinsip. Ketua Pergerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bertekad tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang, sekiranya UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

UMNO buka ruang kerjasama dengan Pas, PH perlu bermuhasabah

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Akmal bertekad tidak bertanding jika BN-PH bergabung di Melaka

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO tidak akan calon wakil rakyat yang utamakan kepentingan peribadi

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Pemuda UMNO mahu bersama Pas demi penyatuan ummah, tidak pinggir kaum bukan Melayu

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Program Jiwa @ Komuniti sasar pemerkasaan tahap celik digital, patriotisme belia Mukah

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026

Majlis kesyukuran rentas agama serlah keunikan sambutan Hari Malaysia 2026