Sektor kesihatan perlu dilihat sebagai strategi ekonomi

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu melihat sektor kesihatan sebagai strategi ekonomi negara, bukan sekadar soal rawatan, berikutan peningkatan jumlah penduduk warga emas dan kos perubatan semakin tinggi.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah berkata, peralihan ke arah masyarakat menua memberi tekanan kepada sistem kesihatan, terutama dengan peningkatan penyakit tidak berjangkit atau NCD.

“Perbelanjaan kesihatan per kapita meningkat dua kali ganda daripada RM1,237 pada 2011 kepada RM2,521 pada 2023.

“Jumlah keseluruhan pula mencecah RM84.2 bilion atau 4.6 peratus daripada KDNK,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Penjagaan Kesihatan Malaysia 2026, hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan menganggarkan NCD memberi tekanan ekonomi negara sebanyak RM64.2 bilion setahun pada 2021.

Justeru, pendekatan merawat selepas sakit tidak lagi sesuai.

“Sistem kesihatan perlu beralih kepada pencegahan, pengesanan awal dan pengurusan penyakit kronik. Pelaburan dalam gaya hidup sihat adalah keperluan fiskal dan produktiviti,” katanya.

Beliau berkata, rakyat yang sihat mampu bekerja lebih lama dan terus menyumbang kepada ekonomi. Malaysia memasuki fasa masyarakat menua pada 2021 apabila penduduk 65 tahun ke atas melebihi 7 peratus. Angka itu dijangka meningkat kepada 14 peratus menjelang 2048.

Namun, katanya, warga emas masih boleh kekal produktif melalui kesihatan yang baik, pembelajaran sepanjang hayat dan pekerjaan fleksibel.

Perubahan demografi ini turut membuka peluang kepada ‘ekonomi penjagaan’ dan ‘ekonomi perak’ termasuk teknologi bantuan, rehabilitasi dan pelancongan kesihatan.

Malaysia merekodkan 1.8 juta pesakit antarabangsa pada 2025 dengan pendapatan RM3.35 bilion. Sasaran 2026 ialah RM3.83 bilion.

Mohd Shahar turut menekankan peranan kecerdasan buatan dalam saringan, diagnosis dan mengurangkan beban pentadbiran.

Namun ia perlu disokong infrastruktur digital, keselamatan data dan tadbir urus yang kukuh.

“Sektor swasta juga perlu memainkan peranan dengan memastikan pertumbuhan perniagaan selari dengan keutamaan kesihatan nasional,” katanya.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

PUTRAJAYA – Bekalan bahan api Malaysia dijamin mencukupi sehingga akhir tahun ini meskipun paras bekalan global berada pada tahap rendah, kata Penasihat Ekonomi Perdana Menteri, Nurhisham Hussein. Nurhisham yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Trend kes gangguan seksual membimbangkan, Sabah rekod 31 kes sehingga Mei

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Trend kes gangguan seksual membimbangkan, Sabah rekod 31 kes sehingga Mei

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

  • By Fatin
  • September 10, 2026
Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah