Inisiatif FELDA beri kuasa kepada Pengarah Wilayah sangat tepat

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyambut baik inisiatif FELDA memberi kuasa kepada Pengarah Wilayah untuk meluluskan surat sokongan bekalan utiliti bagi rumah generasi baharu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah itu dapat membantu menyelesaikan masalah peneroka dan generasi baharu yang telah menduduki rumah tetapi masih tidak mendapat bekalan elektrik dan air.

“FELDA juga difahamkan sedang berbincang dengan Tenaga Nasional bagi memudahkan proses kemasukan bekalan elektrik.

“Ini perkembangan positif untuk mempercepat urusan rakyat dan mengurangkan birokrasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap kerjasama antara FELDA, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi utiliti diperkukuh bagi memastikan permohonan layak diproses dengan cepat dan telus.

“Keperluan asas seperti elektrik dan air mesti diutamakan. Kerajaan negeri akan terus memberi sokongan bagi memastikan kebajikan peneroka dan generasi baharu FELDA terbela,” tambahnya.

Related Posts

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

KOTA KINABALU – Projek tebatan banjir fasa dua Kampung Rampayan, Sepanggar perlu diberi keutamaan dan dipercepatkan bagi menangani masalah banjir yang berulang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini