Mohamad Hairul dipilih Senator Perak, raih 33 undi ADUN

IPOH – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri, 38, dipilih sebagai Ahli Dewan Negara mewakili Perak selepas memperoleh 33 undi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan DUN Perak, pada Khamis.

Keputusan itu diumumkan Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid, selepas Mohamad Hairul Amir mengatasi calon yang dikemukakan pembangkang, Ketua Dewan Ulama Pas Perak, Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria.

Usul pemilihan Ahli Dewan Negara itu dibawa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, manakala Mohamad Hairul Amir dicadangkan Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja) sebagai wakil kerajaan.

Sementara itu, calon pembangkang, Muhammad Zulkifli Muhammad Zakaria, dicadangkan Mohd Hafez Sabri (PN-Manjoi).

Pemilihan Mohamad Hairul Amir itu mengisi kekosongan selepas tamatnya tempoh perkhidmatan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, sebagai Senator Perak yang berkhidmat dari Mei 2023 hingga Mei 2026.

Perak kini mempunyai 59 kerusi DUN dengan Pakatan Harapan (PH) menguasai 24 kerusi, Perikatan Nasional (PN) 26 kerusi dan Barisan Nasional (BN) sembilan kerusi.

Seorang lagi Ahli Dewan Negara yang mewakili Perak ialah Ketua Bahagian UMNO Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Abd. Ghaffar, yang dipilih untuk penggal kedua pada Disember 2024.

Mohamad Hairul Amir, anak kelahiran Tambun, berkelulusan Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan menerajui PKR Perak sejak 2024.

Beliau turut berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Khas di Pejabat Ahli Parlimen Tambun, selain menjadi Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Perak serta Ahli Jawatankuasa Audit Bebas dan Bukan Eksekutif di sebuah syarikat swasta.

Ketika mencadangkan namanya, Sandrea Ng Shy Ching berkata Mohamad Hairul Amir mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang, termasuk pendedahan secara langsung terhadap urusan pentadbiran dasar dan hal ehwal rakyat di peringkat Parlimen serta Persekutuan.

“Kita harapkan (Mohamad Hairul Amir) dapat memberikan khidmat terbaik, membawa suara rakyat Perak, serta memperjuangkan kepentingan negeri di peringkat Dewan Negara,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria, berkata keputusan pengundian itu tidak seharusnya menjejaskan usaha ke arah penyatuan ummah antara Pas dan UMNO.

“Kami menegaskan bahawa pintu penyatuan ummah tidak pernah tertutup. Usaha untuk memperkukuhkan hubungan antara parti-parti Melayu dan Islam khususnya Pas dan UMNO perlu terus dipelihara demi kepentingan rakyat dan masa depan negara,” katanya.

Foto: The Star

Related Posts

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

KUCHING – Indonesia terus memperhebat operasi pemadaman darat dan udara serta memperketat penguatkuasaan undang-undang bagi menangani krisis kebakaran hutan dan lahan (Karhutla) yang sedang melanda negara tersebut.   Konsulat Jenderal Republik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

MIRI – Pameran Mini Hari Malaysia Bahagian Miri 2026 disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh penghayatan masyarakat terhadap sejarah pembentukan negara serta pemahaman mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Indonesia perhebat operasi tangani krisis kebakaran hutan, 138 suspek ditahan

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

Pameran Mini Hari Malaysia perkukuh pemahaman sejarah pembentukan negara, MA63

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

PH Sarawak bantah cadangan persempadanan semula, gariskan tiga kepincangan utama

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Komuniti agama diseru perkukuh perpaduan, kepercayaan masyarakat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat

Pemuda Pas, UMNO rancang himpunan gerakan ummah dalam tempoh terdekat