Penjaja buah, makanan Jalan Apas diarah berpindah

TAWAU – Penjaja buah-buahan dan makanan di bahu Jalan Apas diarah berpindah ke Pasar Batu 14, Jalan Apas dengan serta-merta.

Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menerusi notis memaklumkan, kawasan bahu jalan berkenaan termasuk dalam rizab jalan di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Tindakan ini dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya, melancarkan aliran trafik serta menjadikan kawasan tersebut lebih teratur,” menurut notis terbabit.

MPT turut mengingatkan orang awam agar tidak meletakkan kenderaan sesuka hati di tepi jalan sehingga menghalang atau membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kesalahan di bawah peraturan MPT, peniaga boleh dikenakan kompaun minimum RM100 dan maksimum RM500, selain sitaan atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya melibatkan perbuatan meletakkan atau meninggalkan kenderaan sehingga menyebabkan bahaya, halangan atau kesusahan kepada pengguna jalan raya lain, tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 48(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ia memperuntukkan denda antara RM1,000 hingga RM5,000, penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya sekali, ” jelas notis sama.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan